Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Karun (Revisited)

"Percaya tak, di sini banyak harta karun?" S aya mengajukan soalan ini kepada Haziq yang kebetulan melihat saya meracun hari ini. Dia tidak percaya pun kerana mana mungkin tanah ini ada harta karun. Saya bergurau katanya. Haziq masih terlalu muda untuk menangkap maksud saya yang tersirat. Mungkin yang tergambar dalam fikirannya peti-peti mengandungi wang-wang emas dan perak seperti yang selalu dilihatnya dalam cerita-cerita di tv. Itulah harta karun padanya dan mungkin pada kebanyakan kita. Saya tahu dia suka dengar cerita. Saya ceritakan kisah seorang bapa dan tiga orang anak lelaki. Di ambang kematiannya, si bapa memberitahu tentang harta karun yang sudah lama disimpannya dalam tanah belukar miliknya yang tinggal terbiar. Dua anak pertamanya cukup teruja kecuali yang bongsu. Yang tua bertanya kedudukan harta karun itu supaya senang untuknya menggali nanti. Anak kedua turut teruja sehingga menanya jumlah peti yang ditanam. Tanah mula diteroka segenap pelusuk. Kedua-duanya

Pertembungan

"Budak-budak ni jam bukan pandang pun buah-buah macam duku, langsat dan pulasan ni"  K ata-kata emak mentua saya itu memang ada benarnya. Sebakul langsat yang saya petik segar-segar dan saya hamparkan di depan mereka tidak buat mereka teruja pun. Tidak juga Haziq, Diko dan Denko. Apatah lagi untuk mencubanya sebiji dua. Ini tidak menghairankan saya bila mengambil kira bahawa mereka bertiga dilahirkan hampir lima dekad selepas Tok Mak mereka. Jurang generasi yang bukan kecil. Lantas sudah tentu wujud perbezaan nilai, cara berfikir malah keinginan, kesukaan dan kehendak juga. Jurang generasi memang wujud di setiap zaman. Dikatakan, anak muda yang berusia awal 30-an ke bawah, dikenali sebagai Generasi Y. Mereka yang mewakili  Generasi Y ini bukan saja boleh dikenali dengan fesyen dan muzik mereka, mereka juga generasi yang terlalu serasi dengan alam siber seperti laman media sosial. Ada kalanya mereka juga digelar Generasi Net. Ini hakikat yang tidak boleh ditolak. Sa

Doa

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. S aya meneruskan pembacaan Quran dan bertemu dengan ayat ini. Ia sungguh berkesan di hati. Antara suara yang paling Allah cintai ialah doa daripada hambaNya yang meminta. Inilah yang Dia tegaskan dalam ayat ini. Lantas, kalau kita tidak berdoa boleh dikira sombong terhadapNya. Kita perlu mengakui sifat kehambaan kita, miskin, jahil dan hina di sisiNya. Kita tidak boleh rasa kita pandai, kaya, gagah, mulia dan tidak memerlukanNya lagi dalam kehidupan ini. Justeru selagi kita sedar kedudukan kita sebagai hamba, selagi itulah kita perlu berdoa kepadaNya. Allah pendengar yang setia. Dia mendengar rintihan kita ibarat kekasih yang saling mencintai. Jika kekasih di kalangan manusia mungkin akan jemu jika masalah yang diperdengarkan berulang-ulang kali. Na

Jangan

  U staz Don mengingatkan dengan perkataan Jangan. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat. Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan Doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Jangan tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia. Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

Acuan

K habarnya 599  pelajar mendapat A+ dalam semua matapelajaran  dalam peperiksaan SPM tahun lalu. Pencapaian ini dikatakan yang terbaik dalam tempoh lima tahun. Terbaik di kertas barangkali. Terbaik di kertas tidak semestinya juga terbaik di lapangan. Untuk jadi terbaik di kertas tidaklah sukar sangat bagi pelajar-pelajar yang memang gemar membaca dan jangan lupa kuat menghafal juga. Kemahiran menghafal dan kemahiran mengaplikasi apa yang dipelajari adalah dua perkara yang sangat berbeza. Justeru itu kalau ada pelajar yang memperolehi A+ dalam Bahasa Inggeris misalnya, belum tentu dia juga seorang penutur bahasa tersebut sebaik A+ yang diperolehinya itu.Saya pernah menulis tidak lama dahulu bahawa kalau gejala ini yang berlaku, sistem pendidikan yang kita ada sekarang tidak lebih hanya sekadar melahirkan pelajar spesis "kakak tua". Saya tertarik dengan anekdot yang dicoretkan oleh Sayed Munawar di laman Facebook nya yang saya cedok bulat-bulat ini, "Saya teringat anekd

Nama

"Dua ribu sejam!"  Itulah harga bayaran yang ditetapkan oleh seorang yang sedang membina nama. Macam sukar nak percaya. Seringkali orang berkata apalah ada pada nama. Ia menjelaskan bahawa nama yang mewakili batang tubuh seseorang tidak membawa apa-apa makna pun. Dulu, saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini. Namun kini saya mula cenderung untuk berpandangan bahawa memang ada apa-apa pada nama. Pada saya nama yang kita miliki  boleh diukur dengan wang ringgit. Kalau "besar" nama kita besar jugalah harga yang perlu dibayar pada nama tersebut. Kalau nama kita "kecil" harganya juga pasti kecil. Ada orang cukup berkira dengan nama yang sedang menjulang tinggi batang tubuhnya sehingga kelihatan tersasar dari tujuan. Nama dilihat besar kalau ia dikenal ramai ramai dan meniti dari bibir ke bibir. Makin terkenal dan bertambah popular sekiranya suara acap kali didengar di corong radio dan wajah pula amat kerap terpapar di kaca tv. Bila nama sudah besar dan a

Kesan

P etang ini bila saya santai-santai memandu, mata saya tertumpu pada seorang tua yang mundar mandir macam tanpa arah dan tujuan. Saya silap sebenarnya. Dia bertujuan rupanya bila sesekali saya lihat dia akan membongkok dan mengutip sesuatu yang mencuri perhatiannya sepanjang dia berjalan kaki itu. Mungkin sampah yang dipungutnya. Ia boleh jadi pembalut gula-gula, kertas tisu dan apa sahaja yang menyemakkan mata memandang. Saya mengkagumi apa yang dibuat oleh lelaki yang mungkin pada pandangan mata orang lain tidak siuman atau macam sudah tidak ada kerja yang lebih berfaedah itu untuk dilakukan. Saya sangat tidak bersetuju bila Haziq memperlekehkan perlakuan lelaki itu. Malah saya juga tidak bersetuju bila Diko yang turut sama dalam kereta bersama kami mengatakan bahawa kerja itu biar sahaja dilakukan oleh mereka yang diberikan amanah untuk melakukannya, pekerja majlis perbandaran misalnya. Ia membawa maksud tidak perlulah sesiapa pun termasuk juga lelaki itu buat sesuatu yang tidak s

Pengampun

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ  إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zummar:53) S aya sampai di Surah Az Zummar hari ini. Saya ingn berkongsi fahaman dan tafsiran saya tentang salah satu ayat yang terkandung dalam surah ini. Ayat ini adalah rentetan dari ayat-ayat sebelumnya yang menggambarkan golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah dan enggan menerima ajaran yang disampaikan oleh utusanNya. Allah menjelaskan bahawa balasannya tidak lain, kecuali azab neraka yang pedih. Dalam surah ini juga dipaparkan bagaimana golongan yang sombong dan takabur kepada Penciptanya membayangkan sekiranya mer

Surat

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ  "Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan”. Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun."  S aya terus membaca Alquran bersekali dengan terjemahannya. Adakalanya saya luntur kekuatan untuk membaca surat-surat cinta Allah buat hambanya ini. Kita sebenarnya sudah lama menerima surat cinta daripada Allah ini. Kita mungkin membacanya cuma tidak menghayatinya sahaja.  Setiap patah ayatnya membawa mesej yang jelas te

Melayu(Revisited)

'Kenapa lambat? Kan janji pukul 10 pagi? Sekarang dah jam 11...' 'Maaflah, aku ada hal tadi.' 'Ah, kau ni memanglah, janji Melayu ...' B egitu orang Melayu dikaitkan dengan masa. Kurang mengambil berat. Lalu kalau masa tidak pernah ditepati, ia amat berkait rapat dengan Melayu. Tidak cukup dengan itu, ada yang mengutarakan tabiat stereotype Melayu. Antaranya Mat Melayu suka berkelompok di bawah pokok sambil main gitar, Mat Melayu suka bola sepak dan Mat Melayu suka bermotosikal dan suka merempit.  Remaja Melayu juga dikatakan suka bertatu dan terjebak dalam seks bebas sampai melahirkan banyak anak luar nikah. Dikhabarkan juga orang Melayu suka kahwin muda dan suka bercerai-berai. Yang tidak sedapnya pula orang Melayu penagih, bahkan penagih kelas rendah kerana hidu gam justeru tidak mampu nak beli dan hidu heroin! Lagi, anak Melayu dikatakan hanya boleh cemerlang dalam mata pelajaran bukan Sains. Anak Melayu dungu dalam Matematik. Orang Melayu berga

Rezeki

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya) akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu) A da orang yang sangat murah rezekinya. Apa sahaja yang diingininya mudah sahaja didapatinya. Rumah besar. Kereta besar. Anak-anak yang baik dan berjaya dalam pelajaran. Jawatan yang juga baik. Juga punya harta yang melimpah ruah dan wang yang banyak dan boleh melancung seluruh dunia tanpa masalah. Pendek kata rezeki yang Allah kurniakan memang cukup mewah. Namun di satu sudut yang lain pula kita melihat mereka yang rezekinya tidak sangat mewah. Ala kadar sahaja dan setakat cukup makan. Malah yang lebih malang lagi ada yang hidup ibarat ayam kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Ketika yang lain berkereta besar, dia mungkin cuma mampu berkereta kecil atau pun setakat motorsikal buruk sahaja. Dia bukan tidak berusaha cuma masih tidak

Melayu (Revisited)

P RU12 dilihat menggugat orang Melayu yang memang sudah sedia tergugat. Pengaruh dan suara orang Melayu semacam sudah tidak didengar lagi. Melayu dalam keadaan tertekan. UMNO yang selama ini dianggap tunjang dan peneraju Melayu dan segala kepentingannya sudah tidak bertaring lagi. Mengapa Melayu terus terpinggir dan merempat di bumi sendiri? Adakah salah orang Melayu atau orang bukan Melayu yang semakin biadap dan seolah-olah melupakan hak ketuanan Melayu? Saya melihat apa pun usaha untuk melonjakkan orang Melayu tidak akan ada hasilnya sekiranya orang Melayu terus bercakaran dan bertelagah sesama sendiri demi kepentingan politik masing-masing. Orang Melayu perlu bersatu dibawah satu panji yang bertekad untuk mendokong aspirasi bangsa Melayu dalam segenap bidang ekonomi, pendidikan dan tidak hanya tehad dalam politik kepartian yang tidak memartabatkan Melayu. Ketika UMNO ditubuhkan dahulu orang Melayu bersatu untuk mendaulatkan bangsa Melayu di tanah air sendiri. Namun kerana matla

Hati

  سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ  S egalanya dilaksanakan dalam waktu yang cukup pantas dan singkat. Emak meminta saya membawanya ke bank untuk urusan pengeluaran wang pencennya. Ia bukan pencennya tetapi pencen arwah ayah. Saya menjemputnya dalam sekitar 20 minit perjalanan. Tidak sampai setengah jam pun emak sudah berada di rumahya semula. Cuma sekitar sepuluh minit berurusan di bank segalanya selesai. Sangat mudah. Tiada halangan trafik yang berat seperti selalu. Tiada juga orang yang bersesak di bank seperti sebelum ini.Tiada juga menunggu lama emak menyiapkan diri. Tiada juga gangguan emosi. Tiada juga bergesa. Segalanya amat lancar. Emak senyum tanda senang hati, Saya juga gembira hati kerana dapat membantu emak hari ini dengan rela hati. Di atas segala-galanya saya percaya Tuhan memudahkan urusan seorang hambanya sambil saya terus mengucapkan zikir memujinya sepanjang pemanduan. Pena Tumpul - Lebih menggembirakan hati bil