Skip to main content

Rezeki

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya) akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)

Ada orang yang sangat murah rezekinya. Apa sahaja yang diingininya mudah sahaja didapatinya. Rumah besar. Kereta besar. Anak-anak yang baik dan berjaya dalam pelajaran. Jawatan yang juga baik. Juga punya harta yang melimpah ruah dan wang yang banyak dan boleh melancung seluruh dunia tanpa masalah. Pendek kata rezeki yang Allah kurniakan memang cukup mewah.

Namun di satu sudut yang lain pula kita melihat mereka yang rezekinya tidak sangat mewah. Ala kadar sahaja dan setakat cukup makan. Malah yang lebih malang lagi ada yang hidup ibarat ayam kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Ketika yang lain berkereta besar, dia mungkin cuma mampu berkereta kecil atau pun setakat motorsikal buruk sahaja. Dia bukan tidak berusaha cuma masih tidak berubah dan kekal begitu di takok yang sama. Kenapa berlaku begini? Kenapa ada yang mewah rezekinya dan ada yang sempit juga?

Bila saya membaca ayat ini, saya mendapat jawapannya. Saya merujuk kepada AlQuran, Miracle the Reference dan mendapat sedikit huraian mengenainya. Tafsir AlTabari menjelaskan bahawa Allah menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki bukan kerana seseorang itu tidak memiliki kebaikan dan bukan juga kerana Allah benci padanya. Tetapi, Dia melakukan begitu tidak lain sebagai ujian untuk hambanya. Dan, kebanyakan dari kita tidak mengetahui pun.

Seronoknya membaca Quran bersekali dengan terjemahan dan tafsiran. Satu demi satu terjawab dan terungkai!

Pena Tumpul - Terima Kasih Ustaz Zahazan

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...