Skip to main content

Surat

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ 

"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan”. Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun." 

Saya terus membaca Alquran bersekali dengan terjemahannya. Adakalanya saya luntur kekuatan untuk membaca surat-surat cinta Allah buat hambanya ini. Kita sebenarnya sudah lama menerima surat cinta daripada Allah ini. Kita mungkin membacanya cuma tidak menghayatinya sahaja.  Setiap patah ayatnya membawa mesej yang jelas tentang ketuhanan, syariah dan kehidupan, akhlak dan peradaban dan tidak kurang juga contoh teladan daripada kisah-kisah umat terdahulu. Kalau kita baca dengan penuh rasa cinta pasti akan terjawab segala persoalan yang dicari dalam hidup ini.

Saya dapat merasakan membaca setiap ayat al-Quran menghubungkan saya secara langsung denganNya. Dialog yang ada dalam ayat alQuran ibarat kita sedang berdialog dengan Allah. Dan kisah yang terkandung di dalamnya seolah-olah kita mendengar cerita daripada Dia. Membaca alQuran tanpa memahami maknanya tidaklah sangat besar impaknya. Mungkin kita yang boleh khatam berkali-kali namun mesej daripada ayat-ayat cinta itu tidak pernah pula dikhatamkan. Lalu, bagaimana mungkin kita boleh hidup seperti yang digambarkan oleh Allah kalau maknanya tidak kita fahami?

Ada yang berpendapat bahawa AlQuran  juga boleh menjadi "pembesar suara" yang menghubungkan dua alam - alam dunia sekarang dengan alam dunia selepas mati. Itulah kelebihan kitab suci ini. Seperti ayat di atas tadi ayat berikut ini juga membawa pengajaran melalui bicara orang yang telah mati dan dinyatakan dalam AlQuran. Dua dunia yang terpisah berlainan waktu dan dimensi, namun Allah menghubungkannya dalam AlQuran, untuk mengingatkan kita yang masih belum terlewat.

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu) maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik sesungguhnya kami sekarang telah yakin".  (As Sajadah 12)

Apabila kita mendengar bicara mereka, tidakkah kita sedar bahawa mereka memberi peringatan kepada kita supaya tidak berlaku seperti mereka. Mereka hendak beritahu kita begini, "Hai manusia yang masih hidup, kami telah melakukan kesilapan yang besar dan kami tidak dapat pulang, maka untuk kamu yang masih hidup, janganlah kamu mengikuti jalan kami yang sesat itu"

Pena Tumpul - Tidak pernah terfikir akan hal ini















   

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Mirip

Panas? Gambar hiasan sahaja. B iasa sangat kita dengar orang kata kalau anak perempuan mirip rupa ayah, sejuk. Apa yang sejuk itulah yang sampai kini saya kurang pasti jawapannya. Barangkali rumahtangga yang sejuk. Rumahtangga ayah dan ibu akan sentiasa aman bahagia tanpa sengketa mungkin. Dan, kalau anak lelaki mirip wajah ibunya, dikatakan juga rumahtangga yang dibina akan turut sejuk. Sebaliknya kalau anak perempuan mewarisi wajah ibu dan anak lelaki mirip paras bapanya berkemungkinan rumah tangga akan panas. Akan selalu berlaku sengketa. Sejauh mana benarkah kenyataan yang tiada data-data empirikal ini? Cakap-cakap kosong ini cuma disebarkan dari mulut orang-orang tua dahulu dan ia terus tersebar dari satu generasi ke satu generasi dan tidak sangat perlu untuk dipercayai pun. Saya melihat kesejahteraan sesebuah bahtera rumah tangga banyak bergantung kepada bagaimana ia dikemudi oleh nakhodanya berpandukan kompas iman dan diterima dengan senang hati oleh ahli-ahli bahteranya. Itu

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus