Skip to main content

Nama

"Dua ribu sejam!" 

Itulah harga bayaran yang ditetapkan oleh seorang yang sedang membina nama. Macam sukar nak percaya. Seringkali orang berkata apalah ada pada nama. Ia menjelaskan bahawa nama yang mewakili batang tubuh seseorang tidak membawa apa-apa makna pun. Dulu, saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini. Namun kini saya mula cenderung untuk berpandangan bahawa memang ada apa-apa pada nama. Pada saya nama yang kita miliki  boleh diukur dengan wang ringgit. Kalau "besar" nama kita besar jugalah harga yang perlu dibayar pada nama tersebut. Kalau nama kita "kecil" harganya juga pasti kecil. Ada orang cukup berkira dengan nama yang sedang menjulang tinggi batang tubuhnya sehingga kelihatan tersasar dari tujuan.

Nama dilihat besar kalau ia dikenal ramai ramai dan meniti dari bibir ke bibir. Makin terkenal dan bertambah popular sekiranya suara acap kali didengar di corong radio dan wajah pula amat kerap terpapar di kaca tv. Bila nama sudah besar dan amat terkenal begitu, berurusan dengan pemunya nama ini sudah tidak mudah lagi. Berlakulah hukum penawaran dan permintaan. Ketika nama begitu besar dan amat bagus, pemintaan terhadap nama ini juga sama tinggi dan besar. Lantas, perlu di bayar dengan harga yang tinggi juga. Dua ribu sejam barangkali. Malah, mungkin lebih dari itu. Dan, jumlah akan terus meningkat kalau namanya memang popular dan sedang laku macam goreng pisang panas?

Berpada-padalah dalam meletak harga pada nama dan ingatlah di mana kita semasa nama kita sangat kecil dahulu. 

Pena Tumpul - Tertanya-tanya juga hendak berkongsi ilmu atau mengira laba?

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...