Skip to main content

Doa

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.


Saya meneruskan pembacaan Quran dan bertemu dengan ayat ini. Ia sungguh berkesan di hati. Antara suara yang paling Allah cintai ialah doa daripada hambaNya yang meminta. Inilah yang Dia tegaskan dalam ayat ini. Lantas, kalau kita tidak berdoa boleh dikira sombong terhadapNya. Kita perlu mengakui sifat kehambaan kita, miskin, jahil dan hina di sisiNya. Kita tidak boleh rasa kita pandai, kaya, gagah, mulia dan tidak memerlukanNya lagi dalam kehidupan ini. Justeru selagi kita sedar kedudukan kita sebagai hamba, selagi itulah kita perlu berdoa kepadaNya.

Allah pendengar yang setia. Dia mendengar rintihan kita ibarat kekasih yang saling mencintai. Jika kekasih di kalangan manusia mungkin akan jemu jika masalah yang diperdengarkan berulang-ulang kali. Namun Allah tidak begitu. Kita kena yakin itu.

Kalau ada pun jutaan yang meminta, mengadu dan merintih, Allah tetap mendengarnya, tidak kira siapa pun kita. Daripada doa seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi, sehinggalah kepada doa seorang soleh yang memohon dipermudahkan urusan pengabdian kepadaNya, Allah tetap sudi mendengar.

Keadaan ini berbeza dengan sikap manusia, sesama mereka terlalu ego dan berat sebelah juga. Kalaulah yang bercakap itu tinggi pangkatnya, maka orang bawahan senyap terpaku membisu. Namun jika yang bersuara itu orang bawahan, mungkin akan didengar sambil lewa. Kalau sikaya menegur, semua pihak menelinga dan tunduk akur. Bila simiskin yang mengadu, pasti ada yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba.

Namun, Allah bukan sahaja mendengar tetapi Maha Mendengar!

Pena Tumpul - Peringatan buat diri sendiri yang kerap alpa

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...