"Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya." (Surah al-An'am: 59) H ampir setiap hari saya akan menyapu dan membersihkan daun-daun yang gugur sekitar laman rumah. Satu kemestian kerana hati ini rasa gundah melihat daun-dau berserakan dan mata pula tidak sangat selesa memandangnya. Sementelah lagi, selain saya tiada siapa yang cukup peka untuk melakukan sesuatu tehadap daun-daun itu. Saya tidak boleh melihatnya begitu sahaja.Inilah kelemahan saya agaknya! Ketika saya cuma tahu daun-daun yang gugur di sekitar laman rumah sahaja, Tuhan tidak pula begitu. Semua dan setiap helai daun yang gugur dari pokok-pokok seluruh maya pada ini dia tahu. Tidak ada yang tertinggal, walau sehelai pun. Kerdilnya saya dan kita pastinya. Malah bukan setakat daun itu sahaja yang Dia tahu gugurnya. Semua yang ghaib yang kita tidak tahu Dia tahu. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Rezeki kita pun Dia tahu bila datangnya. Berapa banyak rezeki kita, Dia sah...