Skip to main content

Posts

Api

"Aduuuuuhhhh, panasnya" , H aziq menjerit menahan sakit terkena api bila membakar sampah semalam. Dia terkena api yang terbit dari cairan botol plastik yang dijadikannya umpan. Saya tahu dia memang menyakitkan. Saya pernah mengalaminya beberapa kali.   "Kecik aja api tu, api neraka lagilah panas", saya membalas dan sekaligus cuba mengingatkannya tentang seksa neraka. Ada cerita yang menarik tentang asal usul api ini sebenarnya. Dari maklumat yang saya baca, dikisahkan bahawa Allah pernah mengutus Malaikat Jibril untuk menemui Malaikat Malik. Jibril mendapat tugas untuk meminta api dari malaikat penjaga neraka ini. Kelak, api ini akan dimanfaatkan oleh Adam dan anak cucunya untuk pelbagai keperluan, misalnya memasak. Setelah mendengar keperluan Jibril, bertanyalah Malaikat Malik, "Saudara ku Jibril, berapa banyak api yang akan kau ambil?" "Tidak banyak. Hanya sebesar buah kurma." "Jika ku berikan api neraka sebesar itu, nes...

70K

S ebaik-baik amalan zikrullah ialah Lailaha illallah seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah. Lafaz ini merupakan pernyataan ketauhidan kita kepadaNya. Ini antara yang disampaikan oleh seorang Ustaz dan singgah di telinga seterusnya melekat di hati melalui corong radio awal pagi ini. Kata Ustaz ini, ia berdasarkan hadis Nabi yang bermaksud, " Sesiapa yang mengucap Lailaha illallah 70,000 kali, Allah akan merdekakan dari api neraka" Mendengar angka 70 ribu itu, memang terasa cukup berat untuk diamalkan. Pun begitu, bila merenung pula kepada seksaan api neraka yang akan dihadapi lagilah berat dan sangat dahsyat. Lalu bertanya pada diri sanggupkah menerima seksaan di neraka yang kalau terjun sehari pun di akhirat tempohnya menyamai seribu tahun di dunia! Kata Ustaz lagi, amalan 70 ribu ini sebenarnya sangat minima untuk meningkatkan pemantapan rohaniah kita. Namun, adalah lebih baik daripada tidak mengamalkannya langsung. Ia tidak sangat payah dan tidak juga senang...

Balasan

A llah Maha Berkuasa. Adakalanya takdir dan perbuatanNya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi kita perlu yakin, apa yang kita beri, kita akan dapat balik namun tidak pernah kita tahu dalam bentuk apa dan bila ketikanya. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat selalunya akan kembali kita. Kita kena yakin dengan ketetapan ini, tanpa ragu. Ketetapan Allah mutlak dan muktamad. Siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa ia dipanggil "golden rule" . Begitu juga sebaliknya, kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu semula akan kembali semula kepada kita. Ia umpama bola yang dibaling kedinding, akan melantun semula kepada pembalingnya. Kalau baik yang kita beri, baiklah yang kita dapat. Kalau yang buruk kita beri, maka yang buruklah bakal kita dapat. Analoginya cukup mudah. Katalah kita sedang memandu. Di persimpangan ada kereta yang ingin mencelah masuk ke jalan yang seda...

Keberkatan

A capkali isteri berlipur lara tentang anak-anak di sekolah yang tahap hormat mereka kepada guru yang semakin menurun dan berkemungkinan terhakis. Tidak hormat itu dip ame rkan d alam tindakan yang pelbagai sifatnya. Tidak fokus dalam kelas , bercakap-cakap semasa guru sedang mengajar, tidak buat kerja sekolah dan sebagainya.  Saya pernah dengar seorang cikgu berkata, "Ada se setengah mak bapak siap pesan pada kami panggil anak mereka 'sayang', tak boleh panggil nama. Ada pula yang bekalkan telefon bimbit siap ada k amera. Siap pesan pada anak-anak, kalau cikgu marah, cepat call mama atau sms mama" Malah ada yang lebih mengecewakan dari itu pun. Bukan tidak ada di kalangan ibu bapa yang yang mengajar anak macam mana perlu jawab kalau cikgu marah. Kalau telefon dirampas, ib u bapa akan menjadikan guru sebagai sasarannya . Guru seakan hilang harga diri apabila diperlakukan begitu. Guru ikhlas berhempas pulas untuk mengaja r anak-anak mereka, begitu pula layanan ...

Model

D ua puluh tahun lalu saya kenal Encik Saufi sebagai seorang Pembantu Am Rendah (PAR) atau dalam panggilan yang lebih biasa lagi ialah budak pejabat. Ya, beliau hanya seorang budak pejabat di sebuah sekolah menengah. Lazimnya, dengan memegang jawatan ini, tugas beliau banyak berpandukan arahan yang dikeluarkan oleh majikannya. Antara lain, menaip surat, mengepos surat dan sesekali diminta bantuannya untuk membuat garisan padang dan juga melatih pasukan sekolah dalam permainan seperti bola sepak misalnya. Secara peribadinya selama tiga tahun bersamanya, Saufi komited dengan tugasnya dan paling penting tiada masalah untuk didekati dan juga diajak berunding. Hari ini bila saya menjumpainya semula, Saufi bukan lagi Saufi yang dahulu. Kerjayanya berubah 360 darjah. Dia bukan lagi budak pejabat. Dia kini dan sejak lima tahun yang lalu adalah salah seorang staf akademik di sebuah institut latihan pendidikan di puncak Tanah Tinggi Genting. Kalau dulu dia diarah oleh Pengetua kini kerjaya...

Belon

P agi ini lewat corong radio seorang Uztaz membawa analogi yang sangat menarik dengan memilih belon sebagai objeknya. Katanya, dalam satu ceramah dia meminta pandangan hadirin mengenai sudut mana pada belon itu yang jika dicucuk dengan jarum, belon tidak pecah. Berdasarkan pandangan hadirin, kata Uztaz dia mencucuk belon itu dengan jarum. Belon pecah. Sebiji belon lagi ditup. Dicucuk di bahagian lain, juga pecah. Begitulah seterusnya. Akhirnya satu bahagian yang kendur pada belon dicucuk, barulah belon tidak pecah. Bahagian itu adalah bahagian berhampiran mulut belon yang diikat. Selalunya, setegang mana pun belon ditiup, bahahian itu memang kendur sedikit. Begitulah secara perbandingannya, walau sekeras dan sedegil mana hati seseorang pasti ada sesuatu yang membuat hatinya tersentuh dan mendorongnya membuat perubahan diri atau sikap. Dalam mendidik anak misalnya, kita pasti berdepan dengan anak-anak yang degil dan keras kepala serta sukar untuk menerima nasihat. Pun begitu denga...

Kampung

G ulai masak lemak cili padi ayam kampung masakan nenek  memang tiada tolok bandingnya. Saya memang langkah kanan bila berkunjung ke rumah atok malam ini. Sudah agak lama saya tidak berjumpa atok. Sesampainya saya dan isteri, Haziq dan emak kedua-dua atok dan nenek sedang menyantap penuh selera. Tanpa rasa malu saya tumpang duduk bersama mereka menikmati sajian yang cukup menyelerakan. Saya juga tidak segan menambah nasi kerana penangan gulai atok dan sambil petai bukan kepalang hebatnya.  Saya mengajak Haziq untuk turut sama merasai keenakan ayam kampung. Dia menolak dan saya tahu dia memang akan terus menolak sampai bila-bila pun. Ketaksubannya pada ayam 'bandar' tetap tegar dan tidak pernah ada tanda-tanda untuk merudum pun. Sehari tanpa ayam bandar dalam menu masakan mamanya menyaksikan dia rela tidak makan pada hari tersebut. Lepas itu Mak Utih sajikan pula rebus ubi panas dan empuk. Makin enak bila ada sambal tumis ikan bilis. Masa itu tidak ingat lagi soal sebu pe...

Al Mulk

S aya menemui sebuah kisah yang sangat elok untuk dijadikan iktibar. D i ceritakan di dalam al-Quran bahawa seorang yang beramal dengan surah al-Mulk, bila tiba kematiannya,  terus datang malaikat untuk menyoal.. Sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati.. Malaikat berkata "ya ahlul kitab .. Aku kenal kamu.. Kamu al-mulk.. Kenapa kamu datag ke sini?" Lantas Al-Mulk menjawab " Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku.. Aku sebati di dalam kerongkang manusia ini.. Maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini.." Malaikat menjawab, " Wahai al-Mulk,kau tidak boleh menghalang tugas kami.." Lantas surah al-Mulk datang kepada Allah.. "Wahai Allah.. Aku adalah kitabMu.. Aku mahu melindungi manusia itu.. Jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dari Al-Quran MU. ." Maka Allah memberi keizinan kepada al-Mulk.. Terus al-Mulk kembali kep...

Pengarah

S elalunya, sebuah drama menjadi menarik untuk ditonton kerana pengarahnya. Skrip yang baik pun sekiranya jatuh ke tangan pengarah yang tidak baik akan berkesudahan dengan sebuah drama yang hambar dan membosankan. Selain daripada Rashid Sibir, saya tidak pernah tertarik untuk menonton drama yang dihasilkan oleh pengarah lain. Sebabnya mudah- jalan cerita lebih menjurus kepada soal cinta. Ia adalah tema yang sudah selalu sangat diketengahkan lalu ia tidaklah menarik lagi untuk ditonton. Baru-baru ini kita digemparkan dengan sebuah drama yang berwajah Islamik namun persembahannya tidak pula Islamik. Begitulah jadinya kalau pengarah yang separuh masak diminta memasak sebuah skrip tanpa ramuan yang sempurna sifatnya. Menggunakan wajah Islamik untuk meraih minat penonton bukanlah tindakan yang bijak sebaliknya menjatuhkan martabat Islam itu sendiri di kacamata orang bukan Islam. Saya melihat sudah sampai masa dan ketikanya graduan yang berpendidikan Islam masuk ke kancah pembikinan dr...

Alpa

M alam tadi dalam hiruk pikuk suasana di pusat beli belah saya dan isteri dikejutkan dengan pengumuman tentang seorang anak yang menangisi kehilangan ibu bapanya. Anak yang hilang ibu memang selalu berlaku di pasaraya. Ada kemungkinan ibu sangat sibuk membeli belah sehingga sampai lupa dan alpa memberi perhatian kepada anaknya. Dalam keadaan kelam kabut beginilah, si anak akan mengambil kesempatan merayau-rayau dan akhirnya putus hubungan dengan si ibu. Sikap alpa begini bukan sahaja dipamerkan di tempat awam, malah di rumah juga. Sering kita baca dan dengar kisah kealpaan ibubapa terhadap anak-anak khususnya yang masih kecil di rumah. Anak-anak dibiarkan bersendirian melakukan sesuatu tanpa perhatian. Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah seorang anak berusia dua tahun yang maut ditimpa peti televisyen. Khabarnya peti tv itu diletakkan di atas rak yang bukan sebenarnya rak tv dan sangat tidak selamat untuk anak-anak kecil. Adalah tidak bijak sama sekali untuk membiarkan a...

Amalan

P agi ini ketika mendengar radio di dalam kereta ada tiga perkara yang disampaikan oleh seorang Ustaz yang sangat elok dijadikan amalan. Ustaz ini  bercerita tentang seorang ibu yang mengadu tentang anak gadis suntinya yang lari dari rumah. Anak-anak sekarang pantang ditegur dan dimarah apatah lagi dipalu akan mengambil jalan mudah dengan lari dari rumah. Mereka tidak memikirkan langsung perasaan ibu dan bapa yang ditinggalkan. Memarahi atau memukul bukan bermakna mereka tidak disayangi tetapi untuk mengajar mereka sebenarnya. Ustaz menyarankan si ibu supaya melambung-lambungkan buah dada kanannya dan sambil menyeru nama anak yang lari itu dibaca selawat Nur di bawah. Dengan izin Allah, anak mungkin akan kembali asbab buah dada ibu yang pernah dihisap susunya oleh anak. Sangat menarik. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّم عَلَى نُورِ الأنْوَارِ وَسِرِّ الأسْرَار وَتِرْيَاقِ الأغْيَار  وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيَسَر سَيْدِنَا وَمَوْلانَا مُحَمَّدٍ الْمُخْتَار وَ آلِهِ الأطْهَار وَأصْ...

Pemurah

S udah hampir sebulan Hafiz bersekolah. Dia sangat seronok menceritakan pengalamannya di sekolah baru. Dia menyebut satu demi satu nama kawan-kawan barunya. Bila ditanya apakah yang buat dia sangat suka pergi sekolah, dia kata sebab boleh main dengan kawan-kawan. Hafiz memang banyak cakap dan tidak boleh duduk diam. Ini tidaklah menghairankan kerana kanak-kanak memang begitu. Justeru itu guru yang berdepan dengan kanak-kanak begini perlu cukup bijak menanganinya. Di tadika dulu, Hafiz pernah di"tampal" mulutnya kerana dikatakan sangat kerap bercakap di dalam kelas sehingga mengganggu orang lain. Tindakan guru itu bukanlah bijak. Menyelesaikan masalah dengan cara yang sangat mudah begitu hanya akan membantutkan perkembangan peribadinya. Kemungkinan sentiasa ada kanak-kanak itu akan bertukar sebaliknya dengan menjadi seorang yang sangat pendiam. Satu lagi tentang Hafiz yang sangat menarik perhatian. Hampir setiap hari sebahagian dari duit belanja yang dibekalkan oleh ayah...

14.8%

S udah menjadi trend di kalangan pelajar di sebuah IPTA ini untuk tidak hadir ke kelas sekiranya cuti umum jatuh pada hujung minggu atau pun awal minggu.Biasanya mereka yang tidak sangat rajin untuk ke kelas akan mengambil keputusan yang kurang bijak dengan ponteng kelas. Pagi Jumaat yang lalu menyaksikan cuma 20 pelajar sahaja yang hadir daripada 135 orang yang sepatutnya hadir. Dalam lain perkataan, cuma 14.8% sahaja yang cukup rajin untuk hadir kelas pada pukul 8.00 pagi tersebut. Peratus kedatangan yang sangat-sangat mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh mereka yang belajar di pusat pengajian tinggi. Saya sengaja memilih untuk tidak menangguhkan apatah lagi membatalkan kelas pada hari tersebut walaupun ada rayuan, permintaan malah desakan juga daripada segelintir pelajar. Saya ada dua sebab utama mengapa saya mengabaikan permintaan mereka. Kelas yang ditangguh atau dibatalkan pada prinsipnya perlu diganti, dan untuk mengganti kelas yang melibatkan bil...

Kelawar

A khirnya saya menemui jalan penyelesaian kepada masalah kelawar yang semakin banyak berkampung di atap rumah. Pertindihan antara kepingan atap genting menghasilkan sebuah lubang yang memberi kebebasan untuk kelawar atau pun burung masuk. Lubang-lubang inilah yang perlu ditutup. Ada hampir 200 buah lubang yang perlu ditutup. Tiba-tiba saya terpandang cawan isi dadih yang saya buang. Saya nampak ia boleh digunakan untuk menutup lubang itu. Saya renyok-renyokkan dan satu demi satu lubang saya tutup. Pun begitu saya tidak sangat yakin akan ketahanannya. Lambat laun ia akan peroi juga. Saya dapat idea yang lebih baik. Genting lawannya genting juga. Saya nampak serpihan-serpihan genting yang sudah lama tersadai dikandung tanah. Saya ambil dan sumbatkan dicelah lubang. Ternyata ia lebih baik daripada cawan-cawan plastik itu. Manusia tidak pernah puas termasuk juga seorang saya. Saya pasti ada cara yang lebih dan lebih baik dari itu. Saya singgah di sebuah kedai bahan binaan rumah dan ...

Menyorok

K alau dah asyik mengadap komputer, ada kalanya kita sampai lupa apa yang berlaku disekeliling kita. Cuba tengok di bawah meja anda, entah-entah ada makhluk yang sedang menyorok. Entah apalah yang dibuatnya di bawah meja itu. Menyorok kerana tidak mahu mandi barangkali. Mungkin juga menyembunyikan diri dari emaknya yang mahu menghukumnya kerana tidak buat kerja sekolah. Pena Tumpul - Menyorok dalam selimut

Perarakan

Sultan Johor dan Menteri Besar turut sama S ambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Johor dilangsungkan di Segamat kali ini. Sambutan diserikan dengan kehadiran Sultan dan Sultanah. Seperti biasa setiap kali keduanya sentiasa mendapat perhatian rakyat. Masing-masing berebut-rebut ingin menatap wajah mereka dari dekat dan bersalaman juga. Saya sekadar memerhati dari jauh gelagat mereka. Saya melihat ada tiga sebab utama kenapa orang ramai berduyun-duyun ke majlis sambutan maulid. Lain orang mungkin lain tujuannya atau keutamaannya. Dalam sambutan maulid biasanya ada tiga agenda utama yang tidak pernah ditinggalkan, iaitu syarahan dari penceramah undangan, jamuan makan dan juga perarakan. Ada yang datang kerana begitu ghairah untuk sama ada menyertai perarakan atau sekadar melihat perarakan yang diserikan dengan pelbagai sepanduk yang membesarkan Junjungan Baginda Nabi. Ada pula yang datang kerana dorongan makan semata-mata. Bila usai makan, mereka balik dan acara lain tidak lagi ...

Zikir

I mam Malik berkata r.a: "Sesiapa yang belajar tasauf tetapi tidak mempelajari ilmu fikah (dan tauhid), maka ia adalah zindiq. Sesiapa yang belajar ilmu fikah (dan tauhid) tetapi tidak belajar tasauf maka ia adalah fasik, dan sesiapa yang mengumpulkan kedua-duanya maka ia adalah ahli hakikat". Zikir tidak dapat dipisahkan daripada solat. Menjadi kelaziman seusai solat dituruti dengan zikir. Pun begitu zikir tidak semestinya selepas solat sahaja. Bila-bila masa pun kita dianjurkan berzikir, kerana zikir itu adalah proses amalan mengingati Allah. Malah Allah menyebut hikmah dan faedah zikir sebagai ubat penenang jiwa. Ia selaras dengan firmanNya yang bermaksud antara lain bahawa dengan zikir akan Allah hati menjadi tenang. Kata Ustaz Nidzam zikir yang paling baik ialah zikir secara senyap kerana ia lebih ikhlas dan lebih mudah menyelinap masuk ke dalam jiwa. Namun begitu ia tidaklah menafikan keharusan zikir dengan nada suara yang nyaring jika ada keperluan. Adakalanya...

Sunat

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).     P agi ini saya sempat menonton Tanyalah Ustaz di TV9. Kupasan yang sangat menarik tentang solat sunat. Pun begitu, lebih menarik lagi ada kisah yang diselitkan. Saya selalu percaya sebarang bentuk ceramah yang diselitkan dengan cerita akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada penonton. Ustaz memaparkan sebuah kisah tentang bagaimana solat yang dikerjakan dengan penuh kyusuk itu dapat membantu seseorang yang di dalam kesusahan. Dikisahkan bahawa di Kufah terdapat seorang pemikul barang yang sangat dipercayai oleh orang ramai kerana sifat amanahnya. Pada suatu ketika semasa dalam perjalanan, dia telah bertemu seorang lelaki. Lela...

Lawak

D ua orang pelawak yang sangat-sangat dipuja ramai khabarnya me nang setengah juta dalam satu pertandingan lawak yang dianjurkan oleh sebuah stesyen televisyen tempatan . Setengah juta bukan sedikit nilainya. Ia amat lumayan. Bukan kepalang tingginya nilaian yang diberikan terhadap pelawak masa kini.  Adakah ini petu njuk yang mas yarakat kita memang gemar denga n lawak jenaka dan suka disajikan dengan kisah-kisah yang berunsur lawak? Kelihatannya masyarakat kita bagaikan dilanda krisis nilai yang hebat sehingga lawak di julang begitu tingg i berbanding dengan pertandingan lain yang berunsur agama dan yang mengasah daya intelektua l mas yarakat. Saya melihat unsu r lawak meru p akan ramuan yang sangat penting sehinggakan cera mah agama pun perlu diselitkan dengan bahan-bahan yang boleh membuat orang ketawa. C eramah yang hambar dan mendatar biasanya dian ggap menjemukan. Tidak hairanlah U staz sekarang perlu pandai berlawak supaya pendengar dan penonton tidak rasa bosan. ...

Lais

E mak memancing lagi setelah hampir setahun meninggalkan hobi yang sangat-sangat diminatinya ini. Nampaknya emak memang tidak boleh dipisahkan dengan kegilaannya memancing. Saya memang tidak berapa setuju bila dengar emak sudah memancing semula. Kak Long pun tidak juga suka mendengarnya. Biar pun berkali-kali dinasihati, emak berkeras untuk memancing juga. Kami sebenarnya sangat bimbang dengan emak yang tidak sangat sihat. Emak sering mengadu akan sakit kakinya itu. Bila ditanya kenapa sangat suka memancing, emak cuma kata, "Emak nak hibur-hiburkan hati, jemu duk rumah sahaja". Emak mahu melepas penat juga dan mengembang sayap setelah sekian lama "bermain" dengan cucu-cucunya. Bagai orang mengantuk disorong bantal, bila Kak Jah yang juga kaki memancing mempelawa emak untuk mengail, emak tidak pernah menolak. Emak memang sangat serasi dengan Kak Jah. Mereka adalah regu memancing yang sangat cocok. Bagai isi dengan kuku. Bila saya, isteri dan Haziq melawat emak...