Skip to main content

Gigi


Mama mengadu sakit gigi sejak semalam lagi. Namun tidaklah sampai mendodoi bagai anak kecil. Masih di peringkat awal barangkali. Pagi-pagi lagi saya membawa Mama ke salah sebuah klinik swasta yang beliau sendiri cadangkan. Alasannya, kawan-kawannya yang mengesyorkannya bahawa mencabut gigi di klinik yang satu ini tidak terasa sakit langsung! Saya menjangkakan kos rawatan yang menjanjikan sifar sakit ini pastinya mahal berbanding klinik-klinik yang lain. Jangkaan saya tidak meleset. Agak mengejutkan bahawa kos mencabut sebatang gigi RM120! Wajarkah atau saya yang tidak mengikuti perkembangan.


Pena Tumpul -Tidak tidor malam bila sakit gigi

Comments

Anonymous said…
pada pandangan saya RM120 yang di bayar bagi sebatang gigi adalah amat tinggi...kenapa saudara tidak pergi ke klinik kerajaan sahaja...ini kerana pada masa ini peralatan dan perkhidmatan yang di berikan oleh klinik kerajaan hampir sama dengan klinik swasta...kosnya hanya RM1 sahaja sebagai kos pendaftaran...lain kali kalau sakit gigi lagi, eloklah cuba kat klinik kerajaan...
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Kamil said…
Sebarang komen yang tidak bernama jelas menunjukkan tidak bertanggungjawab dan berniat jahat serta paling penting...PENGECUT
Anonymous said…
masalahnya komen yang tidak bernama sebagai tidak bertanggungjawab sesuatu yang sukar di terima...apa yang penting adakah saudara bersedia menerima komen dari sesiapa sahaja dengan ikhlas dan bersedia mencermin diri atas apa saja kekurangan agar dapat di perbaiki ataupun saudara fikir sudah cukup sempurna sehingga tidak boleh di komen....lu pikirlah sendiri

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...