Mama dan dua orang rakan sekerjanya, Lela dan Syikin meminta saya menghantarnya ke Putrajaya. Ada urusan dengan Jabatan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran, katanya. Perjalanan amat ringkas dan lancar. Dalam perjalanan, saya cuma mampu diam sambil tersenyum mendengar pelbagai cerita tiga perempuan ini apabila sudah berjumpa. Antaranya perihal "lady boss" mereka yang kerapkali kelam kabut. Lela pula bercerita tentang insiden pecah rumah yang semakin berleluasa di kawasan kediamannya. Syikin yang datang dari Kelantan pula dengan kesah banjir yang menimpa kampung halamannya dan menggendalakan hasratnya untuk balik kampung. Bertolak dari Segamat kira-kira pukul 8 pagi dan sampai semula jam 2 petang. Memang sedari awal saya sudah mencadangkan kepada mereka untuk tidak singgah di mana-mana walaupun sekejap.
Pena Tumpul - Sudah letih memandu
Pena Tumpul - Sudah letih memandu
Comments