
Saya hampir putus asa. Saya memberikannya tawaran hebat ini. Saya harap tawaran ini menarik minatnya untuk berdamping dengan buku-bukunya. Saya cuma mahu dia mengutip 5A dan 3B dalam peperiksaan pra-PMR yang bakal didudukinya minggu ini. Sebagai ganjaran, dia boleh minta apa sahaja!
Dia bertungkus lumus sementara saya menanti dengan rasa bercampur baur. Amat gembira kalau dia berjaya merangkulnya. Cemas juga kalau apa yang dimintanya tidak mampu pula saya tunai. Tunggu dan lihat.
Pena Tumpul - Manusia memang perlu dijanjikan ganjaran untuk berubah
Comments