Skip to main content

Cemburu

Kerajaan Melaka barangkali dilihat sudah cukup terdesak apabila mencadangkan sekolah untuk pelajar hamil dan paling menarik membenarkan lelaki serendah usia 18 tahun dan perempuan serendah 16 tahun untuk bernikah. Kerajaan Kelantan khabarnya ingin mengambil langkah serupa.

Beberapa bulan lalu kita digemparkan dengan cerita pelajar sekolah terlibat dalam kegiatan pelacuran di negeri ini. Persoalannya adakah dengan mengambil langkah agak luar biasa ini bisa membendung kegiatan tidak sihat daripada terus merebak? Mungkin berkesan untuk jangka pendek.Nafsu bergelora anak remaja ini pastinya boleh disalurkan ke jalan yang betul dan bersyariat. Namun perlu juga difikirkan implikasi jangka panjangnya. Di usia semuda ini mereka sepatutnya berusaha untuk memajukan diri dan bukannya sibuk-sibuk untuk mengurus rumahtangga yang bukan ringan pun tanggungjawab untuk dipikul. Dikhuatiri nanti tanpa persediaan yang cukup, perkahwinan tidak lama usianya!

Gejala ini memang membimbangkan malah menakutkan. Betul kata orang mendidik anak zaman sekarang jauh lebih besar cabarannya berbanding dulu. Cabaran dan pengaruh menyerang dari segenap arah yang amat sukar untuk ditangkis. Pengaruh rakan sebaya, ledakan teknologi maklumat tanpa sempadan menyumbang kepada pelbagai masalah yang tidak pernah diduga. Maklumat dihujung jari dan menerobos masuk kedalam ruang tamu dan bilik tanpa kawalan. Tersilap langkah, terkucil pegangan menjebakkan diri ke dalam gaung yang penuh bahaya dan menyesatkan.

Saya selalu mengingatkan isteri supaya kena cemburu dengan anak sendiri. Kena cemburu dengan pergerakannya. Kena cemburu juga dengan siapa mereka berkawan. Kena cemburu juga dengan siapa dia berhubung melalui telefon bimbitnya. Anak remaja sekarang tidak boleh lagi dibiarkan lepas bebas sendiri-sendiri.

Pena Tumpul - Kahwin lambat

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...