Skip to main content

Aniaya

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri"(Yunus:44)

Saya berkesempatan menonton sebuah drama yang cukup menarik lewat Tv1. Ia menarik kerana tema agama yang dipaparkan sesuai untuk dihayati di Ramadan yang mulia ini. Sudah acap kali tema begini ditonjolkan namun masih mengesankan.

Ia berkisar tentang seorang usahawan muda, Airel yang berjaya namun dangkal ilmunya dalam agama. Dia dibesarkan dalam sebuah keluarga dimana agama bukannya panduan. Amalan yang disuruh tidak dikerja malah diberatkan lagi dengan amalan yang ternyata bercanggah dengan kehendak agama. Yang haram dibedal. "Saya tidak pernah sembahyang dan tidak tahu sembahyang", pengakuan paling berani anak muda ini. Ini dan mengejutkan teman wanitanya yang digambarkan sebagai muslimah solehah. Pemuda ini mengorbankan hubungannya dengan gadis ini apabila diminta sigadis agar mengubah cara hidupnya yang tidak berpedomankan agama itu. Sigadis tidak pernah kecewa dan sentiasa berdoa agar teman lelakinya itu berubah.

"Turning point" berlaku .Ia pendekatan amat biasa dalam drama Melayu. Bapa Airel mati secara mengejut. Lebih mengejutkan wajahnya dipaparkan rentung. Ini menginsafkan Airel dan ibunya. Sudah jatuh ditimpa tangga. Syarikat Airel diisytihar muflis dan semua asetnya dibeku. Dia kini merempat. Airel menemui jalan pulang. Dia dekat dengan Tuhan. Satu perubahan mendadak dalam dirinya yang tidak disangka. Tetapi pada teman wanitanya, Sofea dengan yakin berkata, "Ini rahsia Allah".

Allah tidak pernah menganiaya hambanya.

Pena Tumpul -Suka lakonan Ayu Raudhah yang cantik bertudung

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...