Skip to main content

Posts

Hutang

S aya teringat kata seorang Ustaz yang sempat singgah ke telinga saya berhubung soal hutang. Katanya,lazim berlaku hutang mengakibatkan putus hubungan sesama  manusia. Selalu kita dengar kawan rapat akan bertukar menjadi seteru kerana hutang. Hubungan adik beradik juga boleh menjadi renggang juga kerana hutang. Justeru,dia memberi nasihat kalau ada sesiapa yang ingin berhutang dengan kita, jangan anggap dia berhutang tetapi kita beri sahaja kepadanya seberapa yang kita mampu dan tidak perlu dibayar pun. Anggaplah ia sebagai pemberian ikhlas kita kepada dia. Nanti,tidak perlulah dia bersusah payah hendak membayarnya semula dan kita pula tidak perlulah menuntut apa-apa darinya. Saya melihat saranan Ustaz itu memang ada kewajarannya. Daripada bermasam muka kerana hutang yang tidak terlunas lebih baiklah diberi saja.Hati pun tidak sakit dan kawan tidak bertukar lawan. Lainlah, kalau si pemberi hutang sanggup menghalalkan saja hutang yang tidak mampu dibayar oleh peminjam. Namun, ...

Keinginan

A dakalanya keinginan untuk memiliki sesuatu sangat meluap-luap,walaupun apa yang ingin kita miliki itu bukanlah sangat perlu pun.Malah apa yang kita sangat inginkan itu, sebenarnya sudah kita miliki pun. Saya sendiri pernah  berkeinginan melampau untuk memiliki kereta baru sedangkan kereta sedia ada masih baru dan tiada masalah pun. Selalunya keinginan itu tertunai juga bila sebuah kereta baru berjaya dimiliki juga bagi menggantikan kereta yang tidak sangat lama pun usianya. Bagi isteri,lain pula keinginannya.Paling ketara menukar langsir baru setiap kali hari raya menyapa sedangkan langsir lama masih layak untuk terus digunakan lagi. Sekarang ini sudah kedengaran suara-suara isteri ingin tukar langsir baru.Anak remaja lain pula keinginannya.Di satu peringkat keinginan melampaui kemampuan. Haziq memiliki keinginan melampau untuk mempunyai sebuah telefon bimbit model baru berharga ribuan ringgit. Dia belum bekerja pun,malah masih belajar. Pun begitu, mahu tidak mahu keinginanny...

24Kasih

T anggal 24.5.91 adalah tarikh paling bersejarah dalam hidup saya.Status bujang yang saya harungi selama 30 tahun secara rasmi dan sahnya dilupuskan pada hari Jumaat jam 9.45 malam di rumah No13 Kg Gudang Garam dengan renggutan tangan Imam Samad (Allahyarham) bersaksikan Pak Alang Yunos (Allahyarham), Hj Mohd Ali Bujang (Allahyarham), Hussin Tawil (Allhyarham) dan Hj Abd Aziz (Allahyarham). Begitu juga status seorang dara milik gadis 24 tahun bernama Noorwati Muda larut sama dalam jalinan pernikahan kasih sayang bertaut erat restu keluarga tercinta. Perkenalan saya dengan isteri tercetus dari sebuah potret kelas milik adik yang kebetulan sahabat baiknya. Hati berkenan lalu bermulalah satu perjalanan dan peranan. Empat tahun hubungan terjalin bukan tanpa liku dan cabaran di depan. Namun keserasian dan takdir serta jodoh menemukan dan menyatukan kami di majlis penuh bermakna 24 tahun yang silam. Tangan direnggut, cabaran disahut, tanggungjawab menuntut, bersama saat ci...

Tidur

S aya sempat hadir dalam satu lagi majlis ilmu meraikan kelahiran junjungan besar. Ustaz ini berbicara tentang sunnah Nabi. Tentang tidur baginda. Kata Ustaz, seseorang yang berusia 60 tahun secara puratanya akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Kalau tidur kita mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidur begitu akan jadi ibadah. Allah hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadah yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Jika kita tidur cara selain dari cara Nabi, tidur kita tidak lebih hanya sekadar kerehatan. Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur ialah membaca Tasbih Fatimah, iaitu Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar juga 33 kali. Baginda sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan ...

Curi

G angguan telefon berlaku lagi untuk kesekian kalinya dan sekaligus capaian internet tergendala sama. Bila ini berlaku, Telekom Malaysia (TM) pantas dihubungi. Berdasarkan punca kerosakan yang dilaporkan oleh pihak TM terhadap gangguan yang sering berlaku itu, saya mengesyaki pasti berlaku kejadian mencuri kabel lagi. Kejadian curi kabel telefon sangat kerap berlaku di kampung sejak akhir-akhir ini. Kejadian ini berlaku tanpa disedari oleh penduduk kampung kerana ada ketikanya mereka berlagak seolah-olah pekerja telekom yang sedang membetulkan kerosakan tetapi sebenarnya mereka adalah pencuri kabel. Saya melihat kepada keperluan untuk mewujudkan pasukan ronda oleh beberapa orang pemuda Kg Gudang Garam bagi membendung kejadian yang tidak bertanggungjawab ini. Akibat perbuatan yang mementingkan diri sendiri ini, panggilan telefon dan internet strymx tidak dapat dibuat kerana kecurian kabel tersebut. Pihak Telekom Malaysia sepatutnya memikirkan satu mekanisme terbaik untuk ...

Sudu

P ernahkah kita bertanya,manakah lebih bersih, makan guna tangan atau guna sudu? Bagi yang lebih selesa menggunakan sudu, tentunya berpandangan makan guna sudu lebih bersih. Sifat fizikal sudu yang nampak kilat dan bersinar selepas dicuci tentunya tidak mengundang sedikit pun rasa sangsi orang untuk menggunakannya bila menyuap makanan. Pun begitu ada juga yang lebih selesa menggunakan tangan untuk makan. Saya sendiri, jika diberi pilihan antara sudu dan tangan, lebih cenderung untuk menggunakan tangan kerana makanan lebih dinikmati bila kita menyuap dengan tangan. Saya ingin berkongsi cerita tentang seorang remaja Muslim yang belajar di luar negara yang keluar makan malam dengan rakan bukan Islam di sebuah restoren. Dia ditegur oleh rakan-rakannya ababila tidak menggunakan sudu yang disediakan untuk makan tetapi sebaliknya memilih untuk menggunakan tangannya. Remaja Muslim ini disifatkan rakan-rakan bukan Islamnya sebagai pelik malah tidak beretika kerana makan menggunakan tangan....

Terhantuk

S aya menegur Hafiz yang berlilit kepalanya dengan kain pembalut. "Kenapa dengan kepala kamu Hafiz?" Hafiz jawab berjahit sedikit sambil tersengeh-sengeh malu. " Macam ada cerita sahaja" saya cuba memancing. "Semalam, semasa berjalan saya ternampak seorang pelajar perempuan di kejauhan. Bertudung labuh, sopan cara jalannya. Jadi,dua tiga kali saya ulang melihatnya. Sedar-sedar, sudah jatuh terduduk.Berdarah.Saya terlanggar ampaian baju. "Alhamdulillah" saya pantas memberikan respons. Hafiz menyangka saya mentertawakannya. Sebaliknya,saya tumpang gembira kerana Allah sayangkan Hafiz.Saya menarik perhatiannya kepada sebuah hadis yang pernah saya beritaunya dulu, iaitu "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Dia akan mengenakannya dengan musibah" Jadi Hafiz dikenakan musibah sampai terhantuk ampaian supaya dia tidak sampai bertindak lebih jauh lagi. Sebenarnya dalam hidup ini, banyak cara Allah berikan dan datangkan sebagai p...

Pahala

P agi ini saya berjumpa dengan seorang kenalan masa sekolah dulu lantas saya pelawa dia bersarapan sekali di sebuah warung yang sangat terkenal dengan nasi lemaknya yang sedap di Segamat ini. Dalam seronok-seronok berbual mengimbau masa sekolah dulu,tiba-tiba nada percakapannya berubah. Dia marah-marah kerana sangat sakit hati apabila mengetahui orang yang pernah ditolongnya bercakap di belakang memburukkannya. Saya menasihatinya agar tenang, sabar dan tidak perlulah untuk marah-marah. Dia kata," Cakap memanglah mudah sebab tak kena pada  engkau ." Saya membalas, " Istighfar banyak-banyak, duduk tenang, tarik nafas, lapangkan dada dan cuba fikirkan kenyataan ini: Tidak ada apa yang dapat melukakan saya, tiada siapa yang boleh  menyakitkan hati saya tanpa izin atau kebenaran saya, kerana sakit hati adalah pilihan saya." Dia terkejut dengan kenyataan saya.  "Mana mungkin. Dialah yang menyebabkan saya marah atau sakit hati." Saya berkata, "Mema...

Hukum

S eorang lelaki yang solat dan membaca Quran dipertikaikan amalannya itu hanya kerana kesilapan yang dilakukannya. Lelaki ini dituduh berlagak alim dan berlindung di balik topeng dan amalannya itu macam tidak berguna pun. Kasihan lelaki itu. Kita jangan lupa dalam diri insani boleh terkumpul dua unsur berlainan pada satu masa yang sama; kebaikan juga kejahatan. Bila kita berbicara soal jahatnya, janganlah sampai kita lupa unsur baiknya yang ada sehingga memadamkan baiknya dan menghukumnya seolah-olah dia memang sangat jahat. Dalam hal ini pernah Rasulullah  pernah membantah terhadap perkataan sesetengah sahabat yang melaknat seorang peminum arak dalam kalangan mereka. Kisah ini diceritakan dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Bukhari. Dalam hadis itu dikisahkan seorang lelaki bernama Abdullah digelar keldai.Dia pernah menyebabkan Rasulullah ketawa. Juga pernah Nabi menyebatnya disebabkan kesalahannya meminum arak itu.Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan m...

Monyet

P agi ini saya melihat seekor monyet di atas sebuah kereta di tempat letak kereta. Saya percaya ia monyet yang datang dari kawasan hutan berhampiran. Monyet ini pastinya keluar dari hutan tersebut ke kawasan lapang untuk mencari makanan. Penebangan hutan menyebabkan monyet-monyet ini keluar ke lapangan mencari makanan. Adakalanya yang terkorban ketika menyeberang jalan. Kasihan monyet-monyet ini yang menerima kesan dari pembangunan yang dijalankan. Bukan monyet itu yang salah kalau haiwan ini sampai menceroboh laman orang kerana asalnya habitat mereka yang diceroboh terlebih dahulu. Dibimbangi, lambat laun haiwan-haiwan ini akan hilang dari pandangan jika tiada sebarang usaha dilakukan untuk melindunginya. Pena Tumpul- Lihat babi-babi menceroboh kebun orang

Berselawat

  N abi Muhammad Sal-Allahu-alaihi-wa-Salam bersabda “Tiga orang (tiga golongan manusia) yang tidak dapat melihat wajahku, iaitu “Orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, orang yang meninggalkan sunnahku dan orang yang namaku disebutkan di sisinya tetapi dia tidak berselawat untukku.”  Saya dan isteri terpanggil untuk turut sama dalam majlis beselawat ke atas Nabi Muhammad yang berlangsung di Dataran Segamat malam ini. Ia sangat bagus kerana kita sama-sama mempamerkan kasih sayang kita kepada Baginda yang telah menyebarkan rahmat Islam kepada kita. Baginda memang patut dingati dengan berselawat kepadanya. Pun begitu, lebih dari berselawat itu ialah tugas kita untuk mengamalkan segala sunnah Baginda. Mendengar kalimah-kalimah suci dialunkan memuji Nabi Muhammad memang tidak dinafikan sangat menyentuh perasaan. Saya bukanlah pandai sangat Bahasa Arab pun. Tidak semua yang disampaikan mampu saya faham. Saya percaya mereka yang hadir itu tidak faham semua juga. S...

Kebaikan

K ata Ustaz yang sempat saya dengar di corong radio pagi ini, kebaikan itu perlu disebar kepada semua orang walau sekecil mana pun. Kita tidak boleh memilih apa, bila dan siapa yang akan menerima kebaikan tersebut kerana kita tidak mengetahui kemungkinan kebaikan tersebut berguna untuk selamatkan kita suatu ketika nanti. Kita mesti yakin bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan tidak akan hilang begitu sahaja. Malah sekecil apa pun kebaikan tersebut, kita pasti menerima balasannya sama ada di dunia atau pun akhirat. Kebaikan bukan dalam bentuk ibadah ritual semata-mata, bahkan sangat meluas sehingga meliputi semua kebaikan yang kita berikan kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga. Sesiapa yang berbuat baik kepada makhluk Allah,kebaikan itu pasti dibalas dengan kebaikan. Kebaikan juga dapat kita manafaatnya di akhirat nanti. Walau sekecil mana pun kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain, boleh menjadi penyebab kita terselamat daripada api neraka. Dalam hubungan ini ...

Basikal

S aya meletakkan sebuah basikal buruk di perkarangan rumah sebagai bahan perhiasan. Basikal itu masih boleh digunakan cuma ada sedikit-sedikit yang perlu dibaiki di sana sini. Ia sudah berada di situ hampir lima bulan dan tidak pernah mengundang sesiapa pun untuk mengambilnya apatah lagi mencurinya. Saya selalu percaya bahawa ada yang Maha Besar yang sentiasa menjadi pelindung dan pemerhati. Bertolak dari keyakinan itu saya biarkan saja basikal di situ tanpa dikunci pun. Basikal itu selamat. Saya lega dan kagum kerana tidak ada pencuri hak orang di kalangan saya. Saya silap sebenarnya. Tidak semua orang berfikiran seperti saya. Tidak semua orang menghormati kepunyaan orang lain. Petang ini, saya melihat sesuatu yang agak mencurigakan. Dua orang budak bermotor hampir berjaya melarikan basikal ini kalau saya alpa pagi ini. Rupa-rupanya basikal buruk ini pun ada yang berminat. Saya belajar satu perkara,bahawa kita tidak hanya boleh bertawakal sahaja mengharap semuanya dariNya. Kita ...

OPAL

S aya menghadiri satu taklimat tentang kaedah baru menilai prestasi kakitangan. Taklimat OPAL atau singkatan kepada online Performance Apparaisal adalah kaedah penilaian prestasi kakitangan melalui talian. Sekarang ini semuanya sudah bertukar kepada talian dan di hujung jari. Tidak perlu pakai borang lagi. Tidak perlu kertas dan tidak perlu pen. Taklimat disampaikan oleh Prof Dr Junaidah Ariffin dari UiTM Shah Alam yang bertanggungjawab membangunkan sistem ini. Walaupun kaedah baru ini mampu memudahkan penilaian disamping menjimatkan masa, namun sesuatu yang baru pasti ada yang kurang di sana sini. Yang paling ketara kelembapan internet yang menganggu kelancaran memuat naik maklumat ke dalam sistem. Walau apa pun sesuatu yang baru dan asing lambat laun akan jadi biasa dan memudahkan berbanding sebelumnya. Perubahan cuma sukar diterima di awalnya sahaja. Pena Tumpul - Alah bisa tegal biasa

Lidah

Lidah seperti sebilah pedang, sarungkanlah agar terselamat daripada hirisannya. S epotong mutiara di atas saya petik daripada buku yang baru saya temui dan amat seronok membacanya. Penuh dengan cerita-cerita yang membangkit rasa. Tidak rugi memilikinya. Penulisnya mencungkil rahsia di sebalik kitab himpunan Hadis Qudsi karangan Imam al-Ghazali, al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah. Buku ini menterjemahkan mutiara peninggalan Rasul itu dengan mengaitkan kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan wake-up call kepada saya dan sesiapa yang merasakan diri kadang-kala alpa tentang agama. Kealpaan yang mengheret kita ke jalan yang ‘mungkin’ lurus tetapi sebenarnya tidak betul! Ada 39 lagi mutiara yang sedang saya santap dengan lazat untuk rohani yang lapar ini. Alhasan berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sejahat-jahat manusia ialah yang bermuka dua, mendatangi dengan satu wajah dan yang satu wajah dan siapa yang mempunya dua lidah didunia maka Allah s.w.t. akan memberikannya du...

Syukur

M asa berlalu begitu pantas kerana diam tidak diam umur sudah mencecah angka 54. Pun begitu bersyukur kepadaNya yang terus memberi kesempatan kepada hambanya ini untuk menghirup udara segar milikNya. Berpijak di atas bumiNya. Berlindung di bawah langitNya.Menikmati rezeki kurniaanNya. Moga umur sentiasa diberkati. Kalau pendek, bermanafaat dan kalau panjang melimpahkan kebaktian. Saya meraikan ulangtahun kelahiran untuk kesekian kalinya bersama Hafiz lagi, anak saudara yang kebetulan dilahirkan pada tarikh yang sama sembilan tahun lalu. Sejak beberapa tahun lalu, sudah menjadi tradisi pula untuk kami berdua menyambutnya bersama. Kalau tidak, ada sesuatu yang dirasa bagaikan tidak kena. Pada awalnya bercadang untuk tidak meraikannya, namun keputusan dibuat disaat-saat akhir majlis sambutan perlu diadakan. Bukan sangat untuk saya tetapi untuk Hafiz. Kesian dia, kalau tahun ini tiada sambutan untuknya seperti selalu. Sambutan yang amat sederhana namun cukup bermakna diadakan juga. M...

Memujuk

" Sebenarnya tanpa kita sedari, kita terlibat dalam aktiviti berunding dan memujuk sejak kita keluar dari kantung perut ibu." I tu pandangan penulis buku Pengaruh Gaya Trump yang sedang saya baca sekarang. Ia diperkukuh dengan kenyataan Trump sendiri bahawa dengan menangis ia berjaya memujuk ibunya untuk menyusukannya yang sedang lapar. Yang pasti bukan Trump sahaja yang berjaya melakukannya malah kita juga. Lazimnya untuk mendapatkan sesuatu. kita perlu memujuk lebih dari sekadar meminta. Kalau setakat meminta, permintaan akan tetap tinggal permintaan. Adakalanya kuasa memujuk pun belum cukup untuk mengkotakan apa yang kita minta. Memujuk perlu ditukar kepada membujuk. Impak bujuk lebih kuat daripada pujuk. Seorang budak kecil ini menewaskan saya dengan pujukannya untuk kesekian kalinya. Hafiz tidak pernah gagal untuk mendapatkan permainan yang dimintanya daripada saya. Saya melihat kemahirannya memujuk dan membujuk saya. Dia tahu kelemahan saya lalu menundukkan sa...

Doa

U stazah ini didengar lagi menyampaikan tazkirah lewat corong radio sejurus sebelum solat Zohor. Beliau berbicara tentang doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah. Beliau menjelaskan lapan sebab berdasarkan kisah dari Saidina Ali. Direkodkan bahawa pada suatu hari Sayidina Ali berkhutbah di hadapan kaum Muslimin. Ketika beliau hendak mengakhiri khutbahnya, tiba-tiba berdirilah seseorang ditengah-tengah jamaah sambil berkata," Ya Amirul Mu'minin, mengapa do'a kami tidak diperkenankan (Allah)? Padahal Allah berfirman di dalam Al Qur'an, "Ud'uuni astajiblakum" (berdo'alah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan kepadamu) . Sayidina Ali menjawab, "Sesungguhnya hatimu telah berkhianat kepada Allah dengan lapan perkara, iaitu : 1. Engkau beriman kepada Allah, mengetahui Allah, tetapi tidak melaksanakan kewajibanmu kepada-Nya. Maka, tidak ada mamfaatnya keimananmu itu. 2. Engkau mengatakan beriman kepada Rasul-Nya, tetapi engkau ...

Aib

D alam mesyuarat hari ini saya melihat satu bentuk tindakan yang tidak sewajarnya berlaku. Di hadapan ratusan yang hadir, seorang yang memimpin mesyuarat mengaibkan seorang yang tidak hadir. Apa pun kesalahan yang dilakukan, ia tidak memberi kita tiket untuk menelanjangkan kesalahannya pada orang lain atas apa sebab pun. Aib tetap aib dan perlu disimpan baik-baik. Siapa pun kita dan apa pun kuasa yang kita miliki, aib orang lain memang tidak sangat wajar dicanangkan. Islam melarang keras kita menceritakan aib orang lain, malahan kita juga dilarang menceritakan aib diri sendiri. Berita gembira bagi orang yang menutup aib orang lain disampaikan oleh Nabi S.A.W. menerusi mafhum sabda baginda “ Seorang hamba yang menutup aib orang lain di dunia, Kelak Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat ”. (Riwayat Muslim) Betapa Rasulullah sangat-sangat menjaga aib sahabat-sahabatnya digambarkan dalam kisah ini. Seorang sahabat telah menjemput baginda dan sahabat-sahabat yang lain untuk me...

Hebatkah?

S aya tertarik dengan bicara seorang Ustaz lewat corong radio pagi ini. Kata Ustaz tersebut kita sebagai manusia tidaklah hebat pun berbanding haiwan. Menurutnya, jika manusia kata, “Kami hebat kerana setiap kali kami bangun pagi, kami basuh muka,” kucing pun basuh muka setiap kali bangun tidur. Ada binatang yang apabila bangun pagi, ia akan ludah pada tangannya dan cuci muka. Ada juga binatang yang selepas makan, ia pandai untuk cuci tangannya. Jadi, membasuh muka bukan faktor kelebihan manusia berbanding binatang. Jika manusia kata, “Kami mulia kerana kami sentiasa mandi,” binatang pun mandi. Ada burung yang mandi di sawah. Jadi, mandi bukan faktor kemuliaan manusia berbanding binatang. Jika manusia kata, “Kami mulia kerana kami boleh mencari rezeki sendiri,” binatang pun pandai mencari rezeki sendiri. Bahkan mafhum hadis menyatakan, “Jika kamu ada sifat tawakal kepada Allah sepertimana sifat tawakal seekor burung yang keluar dengan perut yang kosong dan balik dal...