Skip to main content

Rasuah


Usaha membenteras rasuah di negara ini mendapat suntikan baru apabila BPR bakal menjadi satu suruhanjaya bebas menjelang akhir tahun ini. Semua pihak yang membenci jenayah jijik ini pasti teruja justeru kemelut rasuah negara dilihat semakin memualkan. Walaupun pelbagai tindakan proaktif telah dan sedang diambil untuk merawat penyakit tidak bermoral ini, feneomena ini terus dipersepsi sebagai buruk. Banyak negara yang tersungkur akibat permainan rasuah para pemimpinnya. Malaysia sewajarnya belajar daripada kejatuhan tersebut dan seterusnya melonjakkan nama negara sebagai salah satu negara yang bersih dari rasuah berdasarkan indeks CPI. Sebagai membuktikan komitmennya membenteras rasuah dengan penubuhan suruhanjaya ini diharapkan Pak Lah dapat mengambil tindakan segera terhadap kes-kes yang pernah menimbulkan keraguan rakyat seperti 18 kes rasuah berprofil tinggi yang pernah didedahkan oleh Dato' Seri Rais Yatim dahulu.Jika tidak kita akan lihat, cadangan ini sekadar untuk memulihkan imej Abdullah yang buruk di kalangan rakyat dan di mata dunia semata-mata.



Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara ini berkata, elemen utama suruhanjaya itu ialah pengwujudan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang bebas dengan dianggotai pakar serta ahli masyarakat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Ahli lembaga ini akan menasihati suruhanjaya mengenai hal-hal pentadbiran dan operasi. Lembaga juga akan diberi taklimat mengenai kes yang membabitkan kepentingan umum dan seterusnya boleh mempersoal atau mencadangkan tindakan tertentu yang diambil. Paling penting, lembaga ini akan memastikan kes yang mendapat perhatian ramai ditangani dengan sebaik-baiknya. Diharapkan penubuhan suruhanjaya ini bakal memberi warna baru dalam menangani gejala rasuah di negara ini- keadilan kepada semua sama ada ikan jerung atau pun ikan bilis yang datang dalam pelbagai rupa dan bentuk.






Sebenarnya, rasuah adalah wabak penyakit yang telah menular dan menjadi darah daging dalam masyarakat dahulu atau masyarakat kotemporari didunia sekarang. Rasuah telah mendominasi kehidupan,ekonomi,politik,pendidikan,sukan dan lain-lain. Wabak ini amat sukar dibendung,kerana ia terselindung dan dilindungi oleh tangan-tangan kotor yang begitu licik, tetapi mempunyai nama dan kedudukan. Ia juga dibalut dan dibungkus dengan nama-nama indah seperti komisen,duit kopi,pelincir,wang ekstra,hadiah penghargaan dan lain-lain nama yang sangat bagus dan indah bagi produk yang sama,sehingga dikala ini ia dipandang sebagai sangat wajar dan biasa. Pada hal, walau sekecil mana sekali pun, ia boleh memusnahkan sebuah negara dan melenyapkan tamadun sesuatu ummat.


Wabak ini telah merentasi sejarah, zaman dan sempadan geografi dengan begitu pantas sekali. Tidak kira bila dan dimana,ia tetap sebagai simbolpengkhianatan,keperibadian yang buruk dan hina, kerana rela menggadai agama,bangsa,negara dan ummat demi wang ringgit.

Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:- “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...