Skip to main content

Berenang


Apabila berkunjung ke rumah adik saya yang menetap di Damansara baru-baru ini, Hafiz tidak melepaskan peluang untuk bermain air di kolam renang. Di usia 2 tahun, dia tetap bersemangat untuk cuba berenang. Hasratnya menjadi begitu mudah apabila sepupunya Amy, 15 tidak keberatan untuk membantunya. Hafiz ternyata begitu seronok dan menghabiskan hampir 45 minit berendam di dalam kolam tersebut. Dengan pengawasan "coach" perasaan bimbang terhadap keselamatannya mungkin boleh dibuang sahaja.

Sebenarnya orang yang pandai berenang memang ada faedahnya. Memang seronok kalau pandai berenang. Jadi, kepada sesiapa yang belum tahu teknik-teknik berenang yang betul, ringan-ringankan diri mendaftar dimana-mana kolam renang. Tak kiralah umur kita, jangan segan. Tetapkan MATLAMAT kita.

Kita mulakan dengan diri kita dulu. Lepas itu suami/isteri dan anak-anak (jika berkaitan). Nanti kalau dah pandai, bolehlah kita jarakkan latihan berenang tu. Seminggu atau dua minggu sekali ke. Lebih-lebih lagi kalau dah stress dengan komputer tu, lagi bagus pergi berenang.

Dari pembacaan,berenang merupakan latihan terbaik kepada sesiapa yang memerlukan kemantapan kesihatan dan sentiasa aktif. Aktiviti berenang melibatkan banyak otot dibahagian atas dan bawah badan berbanding bentuk latihan yang lain. Sebagai contoh, aktiviti berjogging atau berbasikal hanya menggunakan otot bawah iaitu kaki sahaja. Tambahan pula, aktiviti aerobik dipercayai boleh mengurangkan kesan sampingan akibat stress.

Secara keseluruhan, berenang adalah bentuk latihan yang terbaik. Ini adalah kerana ketumpatan badan adalah menghampiri ketumpatan air. Badan akan disokong oleh air dan stress tumpuan pada sambungan (joints) dan tulang adalah minima. Memandangkan keapungan air melindungi bahagian sambungan, latihan diair adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang mengalami berat badan. Berenang juga diamalkan untuk proses rehabilitation selepas kecederaan atau untuk orang kurang upaya. Ianya juga selamat kepada mereka yang berumur dan wanita mengandung.

Pada kebanyakan orang dewasa, bahagian atas badan merupakan bahagian paling lemah. Dengan berenang, bahagian atas badan dan tangan bekerja lebih berbanding bahagian bawah iaitu kaki. Secara khusus, berenang dan bentuk latihan diair seperti aerobik memberikan faedah kepada cardiovascular dan merupakan salah satu bentuk latihan yang menggerakkan keseluruhan badan. Latihan diair yang suam juga merupakan kaedah terbaik kepada mereka yang mengalami penyakit sendi atau sengal (arthritis).

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...