Skip to main content

Tersepit


Ketika sedang asyik menonton Buletin Utama diTV3 malam tadi tiba-tiba saya dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari adik ipar saya. Dalam telefon saya terdengar lolongan yang agak kuat bagai menahan kesakitan. Tidak syak lagi itu adalah jeritan milik Denko, anak saudara saya yang berusia enam tahun. Dalam nada cemas, emaknya memberitahu saya sesuatu yang menggemparkan. Malah melucukan juga. "Denko tersepit anunya pada zip seluar jean yang dipakainya. Saya bergegas ke rumahnya yang kebetulan cuma sepelaung jaraknya dari rumah saya.

Saya lihat siibu yang kelihatan gementar dan mak mertua yang juga nampak cemas sedang bertungkus lumus melepaskan "burung" yang tersepit. Kasihan, Denko melolong tanpa paksaan, barangkali menahan sakit yang bukan kepalang. Saya turut memberikan bantuan, namun tidak mahu mengambil risiko. Saya takut satu kesilapan akan menjadikan keadaan lebih terok. Pendarahan pasti berlaku kalau saya cuba bertindak sendiri. Mak mertua mencadangkan supaya di bawa ke klinik sahaja. Saya akur justeru itu difikirkan lebih baik. Denko sudah pucat lesi. Di klinik, Dr. Shahrul turut berkongsi pengalaman yang sama ketika beliau berusia 5 tahun. Saya senyum sendirian. Dalam masa 5 minit "burung" yang terperangkap berjaya dilepaskan. Doktor muda itu sempat mengingatkan Denko" Lepas ini, jangan lupa pakai seluar dalam". Saya ketawa sambil melihat Denko yang juga senyum lega. Si ibu tumpang gembira sama.

Comments

Nazhatulshima N saidā€¦
This comment has been removed by a blog administrator.
Zanariah saidā€¦
This comment has been removed by a blog administrator.
Kamil saidā€¦
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d...

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...