Skip to main content

Merokok


Ramai orang tahu merokok membahayakan kesihatan malah pada setiap kotak rokok telah tercatat amaran oleh Kerajaan Malaysia bahawa 'Merokok Membahayakan Kesihatan' yang acap kali dibaca oleh penghisapnya.Merokok adalah satu isu yang amat serius yang telah mencapai tahap wabak dan tabiat merokok di kalangan belia Malaysia kini semakin meningkat dengan cepat. Malah, menurut Kementerian Kesihatan masalah ini telah mencapai tahap wabak yang memerlukan perhatiah serius daripada kerajaan.

Hari ini tidak diragui lagi bahawa tabiat merokok boleh memudaratkan kesihatan. Rokok telah dianggap satu-satunya punca kematian utama yang boleh dielakkan pada masa kini.
Merokok kini bukan sahaja menjadi tabiat bagi orang dewasa tetapi telah menular di kalangan remaja dan wanita.Kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati merokok menyebabkan kematian setiap lapan saat. Malah dianggarkan empat juta kematian dicatatkan setiap tahun akibat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan rokok.

Rokok menjadi penyebab berbagai-bagai penyakit yang memang boleh dielakkan jika manusia tidak menghisapnya.Setiap batang rokok yang dinyalakan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang berbahaya dan boleh membawa maut.

Antara bahan beracun tersebut termasuk bahan radioaktif (polonium-201), bahan yang digunakan dalam cat (aseton), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naftalena), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenik), gas beracun (hidrogen sianida), dan banyak lagi.

Nekotin yang terdapat dalam rokok merupakan sejenis dadah yang mengakibatkan ketagihan. Ia sama seperti heroin, amphetamina, dan kokoain yang bertindak balas di dalam otak dan memberikan kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca ketagihan.

Nikotina adalah punca serangan penyakit jantung dan strok (angin ahmar). Di Malaysia, sakit jantung merupakan penyebab utama kematian sementara strok pula adalah pembunuh yang keempat.

Merokok merupakan perbuatan membunuh diri secara berangsur-angsur. Ia bukan sahaja membinasakan diri individu ynag merokok tetapi turut membinasakan orang lain yang ada di sekitarnya. Jadi, berhentilah merokok!

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...