Emak saya mengadakan kenduri di rumahnya di Batu 6 selama dua hari berturut-turut. Semua anak-anaknya balik. Kenduri doa selamat, tahlil dan juga potong jambul untuk dua orang anak saudara saya. Kenduri kali ini agak luar biasa kerana emak dibantu oleh besannya dari Pulau Pinang untuk menyediakan juadah. Antara yang agak istemewa kali ini ialah rendang tok. Saya merasanya, memang sedap dan menyelerakan. Masakan Kak Mah memang luar biasa. Ramai yang memuji dan tidak malu-malu bertanyakan resepi rahsianya itu. Kesian, Kak Mah yang di akhir majlis kelihatan cukup letih. Tetapi saya dan keluarga gembira dengan kehadirannya selama tiga malam bersama kami.

Comments