Skip to main content

Pakaian


BUKANKAH NAMPAK SOPAN DAN MANIS BEGINI..

Dewasa ini cara berpakaian orang-orang kita terutama remaja dan perempuan amatlah membimbangkan, dan mampu mengundang banyak gejala yang kurang sihat. Contohnya remaja sekarang sangat gemar memakai pakaian yang menjolok mata, sebenarnya perkara ini bukanlah baru, cuma sejak akhir-akhir ini pemakaian mereka dilihat agak kritikal, justeru pakaian yang dipakai adakalanya menampakkan benda yang sepatutnya disembunyikan.

Sebagai contoh, bajunya singkat, pendek dan saya rasa itu bukan saiz mereka pun, tidak tau lah kalau mereka tersalah ambil baju adik mereka Di sini lah timbulnya istilah “baju adik” (gelaran baju yang dipakai remaja atau perempuan tetapi pendek dan ketat) namun saya rasa mereka memang menggemari bentuk baju begitu.

TREND REMAJA PEREMPUAN KINI..SESUAIKAH?

Itu baru baju, kalau cerita pasal seluar pula, seluar mereka memang lah panjang, tetapi ketatnya pula satu hal, sudah lah ketat bercawat pendek hingga kebawah pusat, apabila mereka duduk membelakangi kita menampakkan alur bun***nya, keadaan macam ini tidak sepatutnya berlaku.

Yang menghairankan si pemakai ini pulak tidak punya rasa malu langsung, kita yang tertengok pula yang rasa malu.

Rasanya sudah sampai masanya setiap pakaian yang hendak dijual perlulah terlebih dahulu mempunyai kelulusan halal atau haram, dengan erti kata lain ada cop atau logo macam makanan, ada logo halal JAKIM. Saya fikir pakaian pun perlu dilakukan begitu. Apabila kita ingin membeli pakaian, sekiranya ada logo halal baru boleh beli, sebaliknya yang pendek-pendek,ketat dan terdedah itu dilogo kan haram, yang labuh, longgar, menutup aurat tu dilogokan halal!

Bukannya apa, mereka bukannya tidak tahu halal atau haram,mungkin terlepas pandang atau pun tiada orang yang nak mengingatkan mereka. Jadi saya fikir apabila ada logo begitu mereka akan lebih beringat dan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian, bila terpegang sahaja baju pendek dengan logo HARAM janganlah beli.Cadangan ini saya ingat pernah disuarakan oleh Ustazah Nik Salida ( salah seorang juri program realiti Cari Menantu terbitan TV9 tidak lama dulu.

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...