Skip to main content

5995

5995- angka yang begitu bermakna dalam lembaran sejarah famili saya kerana anak kedua Ahmad Ikmal Haziq dilahirkan. Setelah 13 tahun beredar, Haziq yang dilahirkan di Pahang ini, adalah pelajar Tingkatan 1 di SMK Gemereh. Hari ini ulangtahun kelahirannya; namun tiada sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya. Tiada juga ucapan dari sepupu2nya termasuk juga sepupu paling rapat, Lukman. "Mungkin dia lupa atau tumpuan kepada ibadat puasa agaknya" saya cuba menenangkan Haziq yang kelihatannya agak jauh hati tanpa sebarang ingatan dari Lokman. Kekecewaan Haziq sedikit terubat apabila mamanya memenuhi keinginannya dihadiahkan ayam goreng KFC! Tahun lalu Haziq dihadiahkan sebuah basikal namun kali ini dia terpaksa berpuas hati dengan sebuah jam dinding yang diberikan oleh Pak Cu dan Mak Cunya. "Cantiklah jam ini" Haziq tersenyum bangga sambil menunjukkan jam dinding dibiliknya itu. Terima Kasih tidak terhingga kepada Pak Cu dan Mak Cu yang masih ingat tarikh lahir anak saudaranya ini. Lagi pun Haziq memang amat rapat dengan Hafiz anak mereka berdua.












Pena Tumpul - Tidak tahan dengan kegilaannya terhadap "Playstation"

Comments

fadzilah said…
happy belated birthday,haziq.All the best in yr future undertaking

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...