Skip to main content

Lembab

Saya seboleh-bolehnya ingin mengelakkan diri dari berurusan dengan kaunter Pos di Segamat. Insiden mengecewakan kira-kira 3 bulan yang lalu di mana saya terpaksa menunggu sehingga satu jam hanya untuk satu urusan kiriman wang masih lagi tebal dalam ingatan. Namun saya tidak punya pilihan untuk tidak berurusan di kaunter Pos tengahari tadi. Bayaran rebat patrol hanya boleh dilakukan di kaunter Pos. Amat mengecewakan setelah 3 bulan berlalu, Pos Segamat tidak mengambil sebarang inisiatif untuk melancarkan pergerakan urusan di kaunter. Sepatutnya pihak pengurusan Pos perlu sensitif dengan waktu dimana jumlah pelanggan yang berurusan melebihi kadar biasa. Pastinya sewaktu rehat untuk makan tengahari. Ketika inilah jumlah petugas di kaunter perlu di tingkatkan dan sekaligus setiap urusan perlu lebih pantas dan efisien. Bayangkan sebaik-baik sahaja saya mengambil tiket giliran saya, di depan saya ada sekitar 40 orang yang sedang menunggu giliran mereka,dan lebih memilukan cuma dua orang petugas sahaja yang nampaknya terkial-kial melayan pelanggan yang kelihatannya resah menunggu! Saya amat tidak suka menunggu, lantas saya meninggalkan Pejabat POs Segamat dengan kecewa untuk kembali setengah jam kemudian melihat perjalanan kaunter yang masih lagi lembab.

Pena Tumpul - Kagum dengan kepantasan bak kilat kaunter Public Bank

Comments

Anonymous said…
masalah disini adalah saudara sendiri...kalau orang lain boleh bersabar kenapa saudara tidak....saudara tidak boleh membandingkan di antara pejabat pos dengan bank....ini adalah kerana persaingan perniagaan diantara pejabat pos dan bank amat berbeza..kenapa saudara tidak mendapat kepastian daripada pengurus cawangann pejabat pos terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan...pejabat pos hanya satu sahaja tetapi terdapat banyak bank yang boleh kita pilih untuk sebarang perkhidmatan....sebab itu bank perlu memberi perkhidmatan sebaik mungkin...fikir fikirlah sendiri....
Kamil said…
Saudara,saya telah pergi lagi sekali ke kaunter pejabat pos tapi masih menghadapi masalah yang sama.Orang ramai tapi kaunter hanya dibuka dua sahaja dan masalah ini juga dikongsi bersama dengan pengguna yang lain.Mereka merungut kerana hampir 1 jam menunggu hanya untuk satu urusan yang paling penting.Datang dan rasakan sendiri because seeing is believing!
Anonymous said…
sebenarnya pengalaman yang menyakitkan hati yang di alami saudara di pejabat pos berlaku di mana mana sahaja pejabat pos di malaysia...sebagai pengguna kita tidak ada pilihan...suka atau tidak pengguna tiada pilhan...pergilah berpuluh kali pun kita akan dapat pengalaman yang sama...masalahnya pejabat pos tiada saingan....sama seperti di kebanyakkan jabatan-jabatan kerajaan yang memberikan perkhidmatan dengan amat buruk sekali...kita tiada pilihan...

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...