Skip to main content

Dunia


Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.

Khabarnya, ramai yang mengira bahawa kehidupan di dunia adalah segala-galanya dan sudah amat sempurna. Justeru dunia dianggap sebagai tempat untuk meraih kesenangan dengan limpahan harta kekayaan. Seolah-olah dunia adalah medan keseronokan berpanjangan yang tiada akhirannya.
  
Saya menemui ayat ini bila membaca terjemahan surah Taha dan ia menarik perhatian saya untuk mentadaburnya. Ia benar-benar memberi kesan. Bahawa kita jangan terpesona dan terdorong kepada keseronokan dunia sebagaimana yang ditunjukkan oleh kafirun. Kita lihat golongan kafirun ini mengumpul harta semahunya kita juga mahu buat macam mereka. Mereka berseronok melakukan perbuatan yang dilarang kita juga terdorong untuk melakukannya.

Hakikatnya, kehidupan di dunia bukanlah kehidupan yang sempurna sangat pun.Kehidupan di dunia ini memang sengaja dirancang untuk tidak sempurna sebenarnya walaupun nampak macam sempurna. Malah istilah "dunia" itu terbit dari kata dasar "daniy" yang bermaksud sederhana, remeh, rendah dan tidak berharga.

Lantas, untuk apa memburu dunia kalau begitu maknanya dunia dan hakikat dunia. Pun begitu keindahan dunia acapkali menyilaukan pandangan mata kita. Mudahnya kita terpana dan terpesona dengan kenikmatan dunia yang hakikatnya hanyalah fatamorgana semata.Pandangan mata selalu menipu, pandangan nafsu selalu melulu..pandangan hati yang disuluh iman jualah yang hakiki.Sebab itulah dalam ayat di atas tadi, Allah mengingatkan kita jangan terikut dengan cara kafirun hidup di dunia ini.


Keindahan dunia hanyalah terlalu kecil nilaiannya untuk diburu berbanding kenikmatan akhirat yang kekal abadi!

Pena Tumpul - Ingatkan diri sendiri

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...