Skip to main content

Korban

Saya dan Haziq sempat melihat sendiri seekor lembu dikorbankan seusai sahaja solat sunat aidil adha. Haziq memang tidak pernah menyaksikannya sebelum ini. Sengaja saya membawanya bersama supaya dia dapat belajar falsafah di sebalik ibadat korban itu. Saya menyegarkan semula fahamannya tentang korban. Secara mudah, ibadat korban ini ialah perlakuan simbolik yang memanifestasikan ketaaatan dan ketakwaan hamba kepada Penciptanya. Bahawa cinta kepada Allah mengatasi segala cinta yang lain. Cinta Nabi Ibrahim kepada Allah mengatasi cintanya kepada anaknya sendiri Ismail.

Saya ingin menguji ketaatan Haziq pada perintah ayahnya. Secara berseloroh saya berkata, "Kalau ayah sembelih Haziq, sanggup tak? Haziq cepat meningkah, "Ayah ni, saya bukan Nabi Ismail yang sememangnya cukup patuh kepada perintah ayahnya Nabi Ibrahim. Saya tak layak langsung pun untuk dibandingkan dengan mereka. Mereka hamba yang amat patuh kepada perintah Allah".

Ibadat korban dan kisah Ibrahim yang diperintahkan mengorbankan anaknya Ismail boleh sahaja diterjemahkan dalam pelbagai keadaan dan bentuk. Sebagai seorang anak misalnya perlulah rela berkorban apa sahaja untuk ibubapanya. Berkorban masa dan wang ringgit untuk ibu bapa. Begitu juga pengorbanan isteri buat suami. Dan suami juga perlu berkorban untuk isteri. Dalam hubungan kita sebagai hamba dengan Pencipta pula, pengorbanan yang diraih tentunya mengatasi segala-galanya.

Berkorban apa sahaja, harta atau pun nyawa!

Pena Tumpul - Dapat banyak daging korban

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...