Skip to main content

Menyampaikan

"Diri sendiri pun masih tidak betul ada hati nak nasihat orang dan ajak orang buat baik. Nak tulis fasal agama macam Ustaz"

Sesekali saya dibalun oleh perasaan begini. Saya amat sedar saya bukan Ustaz. Logiknya, atas kesedaran itu saya tidak selayaknya untuk menulis dan bercakap sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seorang Ustaz. Pun begitu niat untuk berkongsi dan seterusnya menyampaikan apa yang saya rasa kepada orang lain, saya abaikan apa yang berlegar dalam fikiran itu. Sekurang-kurangnya sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Hari ini saya mendapat kekuatan baru setelah mendengar bicara seorang Ustaz lewat corong radio pagi ini. Katanya, dakwah bukan hanya sekadar berceramah di masjid. Perbualan antara dua orang sahabat di kedai kopi tentang Allah dan hari akhirat adakalanya lebih berkesan daripada ceramah seorang ustaz dalam majlis ilmu.

Ustaz ini memetik kata-kata ulama hebat Hasan al-Basri bahawa syaitan sedang menjalankan tipudayanya membisikkan kata-kata sehingga menghalang kita daripada memberi nasihat dan menyampaikan kata-kata hikmah kepada orang lain. Inilah peranan syaitan. Dia suka kalau kita tidak menyampaikan perkara-perkara kebaikan dan di sinilah kita terperangkap.

Kata Ustaz lagi, tugas menyampaikan merupakan  penghormatan yang terbuka untuk semua individu. Sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian sesuai dengan kadar ilmu yang dimiliki. Ada sedikit sampai sedikit. Kalau banyak sampai banyak. Ikut kemampuan sendiri. Biar sedikit namun berkesan.  Kata Nabi, "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat"

Janganlah kekurangan yang kita miliki menyekat kita untuk menyampai yang baik. Dan, kekurangan juga jangan tidak pula diperbaiki!

Pena Tumpul - Sedar kekurangan diri 

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...