Skip to main content

Aurat

Yani memberitahu yang dia disaman oleh sebuah syarikat pengeluar syampu kerana dikatakan melanggar perjanjian yang termaktub dalam kontrak yang ditandanganinya. Yani pula mengambil tindakan menyaman balas kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saman yang dikenakan itu. Dia cukup yakin yang dia tidak melanggar perjanjian pun.

Fasal perjanjian yang menjadi titik bengik ialah soal menanggalkan tudung. Sebelum bersetuju untuk diterima sebagai model sambilan syampu syarikat tersebut Yani sudah diberikan jaminan permintaannya untuk tidak diarahkan menanggalkan tudung semasa sesi penggambaran iklan akan dipenuhi. Yani bersetuju dan menandantanganinya.

Pada mulanya segalanya berjalan dengan baik seperti yang telah dipersetujui bersama. Masalah timbul bila sewaktu penggambaran Yani diarahkan mendedahkan cuma bahagian lehernya sahaja tetapi tidak sampai menanggalkan tudung. Yani juga diminta memakai pakaian yang ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuhnya. Di sinilah bermulanya polemik antara Yani dan Puan Qistina pemilik syarikat. Kalau ikut isi perjanjian selagi Yani tidak menanggalkan tudungnya, Yani sepatutnya tidak boleh membantah. Dan inilah yang dipertahankan oleh Puan Qistina. Dia membaca apa yang tersurat, sedangkan Yani melihatnya secara tersirat. Pada Yani-tidak menanggalkan tudung itu mencakupi segalanya tentang aurat seorang wanita. Puan Qistina memanipulasikan apa yang telah tertulis kerana dia tidak memahami seperti yang Yani faham.

Yani bernasib baik kerana dia seorang pelajar undang-undang. Dia melangkaui apa yang terkandung dalam perjanjian. Dia mengambil Perlembagaan Persekutuan sebagai rujukannya bahawa setiap rakyat diberi hak untuk mengamalkan ajaran Islam termasuk dari segi berpakaian selaras dengan ketetapan Islam sebagai ugama rasmi negara. Puan Qistina tidak mampu bertahan. Dia cuma mengakhiri kata-katanya begini, "Kita jumpa dimahkamah". Yani pula dengan yakin akan menyaman 2 juta ringgit terhadap Puan Qistina!

Saya tertarik dengan cerita Yani yang hendak menyaman sampai 2 juta demi mempertahankan maruahnya dan auratnya sebagai wanita solehah. Bagus. Ia bukan kesah benar sebenarnya. Secara kebetulan saya mendengarnya digarap begitu menarik lewat slot Panggung Drama radio. Tidak mustahil ia berlaku dalam realiti kehidupan kita.

Siapa yang akan menang? 

Pena Tumpul - Aurat bukan sekadar memakai tudung sebenarnya

.

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...