Skip to main content

Ayat

Dan apa bendanya yang ditanganmu itu wahai Musa?


Nabi Musa menjawab: Ini tongkatku; aku bertekan atasnya semasa berjalan dan aku memukul daun kayu dengannya untuk kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat it
Khabarnya, bila saya baca dua ayat ini, saya memikirkan sesuatu.Saya bertanya diri sendiri pelbagai soalan.Kenapa Allah rakamkan dialog ini? Kenapa perbualan ini dirakamkan di dalam Quran dan akan dibaca sehingga hari kiamat? Apa relevannya ayat ini dengan kita yang hidup di zaman ini? Apa yang ada pada tongkat? Adakah ayat ini mahu menceritakan faedah-faedah tongkat? Apa yang ayat ini cuba sampaikan pada kita sebenarnya?

Ayat ini menceritakan betapa girangnnya seorang hamba saat dapat berbicara pada RabbNya. Adakah Allah tidak tahu apa yang ada di tangan Nabi Musa? Allah Maha Mengetahui. Tapi Dia masih bertanya, mahu mendengar segala cerita hambaNya.

Dan Nabi Musa terlalu teruja dengan Allah. Allah cuma tanya dia apa yang ada di tangannya. Cukuplah dengan jawapan tongkat. Tapi sebab dia nak memanjang-manjang perbualannya dengan Allah, dia ceritakan kegunaan tongkatnya. Dia menghargai setiap saat bersama Rabbnya. Ayat ini sangat kelakar juga. Sebabnya Nabi Musa berfikir dan berfikir tentang kegunaan tongkatnya sampai sudah tiada idea. Dan dia pun berkata - ada macam-macam lagi kegunaan tongkat ini. Pernah rasa excited sebegitu saat berdialog dengan Allah?

Dan Allah tidak menyampuk sedikit pun segala cerita Nabi Musa. Allah tidak kata pun,"Aku cuma tanya apa yang ada di tangan kananmu, Aku tidak tanya pun apa yang kau buat dengannya". Allah tidak cakap macam itu pun. Dia Maha Mendengar.

Fikirkan lagi, apa yang berlaku dalam kehidupan kita? Contohnya, kita baru beli beg baru. Adakah kita nak cerita dengan Allah perihal beg kita? Macam rasa tak logik kan? Tapi Nabi Musa ceritakan hatta tentang tongkatnya.

Bagaimana pula dengan kita? Masalah kita banyak kan? Pernah cerita dengan Allah? Dia Maha Mendengar. Dia tahu semua kelemahan kita. Dia tahu betapa rapuhnya hati kita. Dia tahu Nabi Musa pernah membunuh, dan Dia masih mendengar malah melantik Nabi Musa untuk misi yang lebih besar.

Semua benda dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, ceritakan pada Allah. Allah tidak akan sesekali meremehkan apa jua masalah kita. Allah yang paling tahu kelemahan dan kekuatan kita.

Dan hanya Allah sahaja yang mampu menyelesaikan segalanya buat kita.

Pena Tumpul - Sedang baca terjemahan

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...