Skip to main content

Benih

"Wahai anakku, marilah kita tambah air dalam susu ini sebelum kita jual pada esok pagi"

Seorang ibu yang miskin dan anak gadisnya menyara hidup dengan menjual susu. Anak gadis tidak bersetuju dengan saranan ibunya. Sebabnya mudah. Katanya Umar bin Khattab melarang buat begitu. Ibu pula berkata Umar tidak tahu apa yang mereka buat. Namun anak gadis ini membalas dengan berkata kalau Umar tidak tahu, Tuhan Umar tahu.

Perbualan dua beranak dari pondok buruk itu didengar oleh Umar yang memang suka meronda di waktu malam untuk mendengar dan melihat rakyat di bawah pimpinannya. Kata-kata anak gadis itu betul-betul menyentuh hati Umar. Mahu sahaja dia berjumpa dengan anak gadis yang berhati mulia itu. Namun kerana malam telah larut dan tidak sesuai untuk menemuinya, dia memerintahkan pembantunya memangkah tanda X pada pintu pondok itu. Dia bercadang untuk menemui gadis berhati mulia ini pada siangnya.

Umar bin Khattab bergegas pulang dan memanggil anaknya Asim untuk menikahi gadis tersebut dan disertai dengan ketaatan kepada ayahnya, maka Asim menyatakan kesediaannya. Saat itu Umar berharap seraya berkata "Semoga lahir dari keturunan gadis ini seorang pemimpin Islam yang hebat kelak yang akan memimpin orang-orang Arab dan Ajam”.

Dari pernikahan Asim bin Umar bin Khattab dengan gadis anak dari wanita penjual susu tersebut lahirlah seorang wanita bernama Laila atau yang lebih dikenal dengan Ummu Asim binti Asim, dan dari pernikahan Ummu Asim binti Asim dengan Abdul-Aziz bin Marwan,gabenor Mesir dan adik dari Khalifah Abdul-Malik, lahirlah Umar bin Abdul Aziz, yang memang terkenal sebagai khalifah yang adil dan hebat kepimpinannya.

Saya mendengar kisah yang menarik ini disampaikan oleh Ustaz Zahazan di corong radio pagi ini. Dia berbicara tentang mendidik anak. Faktor keturunan cukup penting dalam melahirkan zuriat yang baik.Begitu juga cara didikan yang betul dan sempurna. Benih yang baik akan melahirkan baka yang baik juga. Kalau dicampak ke laut menjadi pulau.

Yang menariknya bila Ustaz kata P.Ramlee mungkin ada baca kisah ini kerana ada adegan Sarimah pangkah tanda x pada pintu rumah dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Mungkin!

Pena Tumpul - Suka ronda waktu siang sahaja

Comments

Popular posts from this blog

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...