Skip to main content

Pengawasan

Sesampai sahaja di rumah lewat petang ini, isteri merungut lagi. Masalah air lagi. Hairannya saya. Segalanya sudah ditukar baru. Lazimnya sesuatu yang baru cukup luar biasa prestasinya. Ibarat kereta yang baru tentunya akan meluncur laju tanpa senggot berbanding kereta lama. Begitu juga saluran paip yang lama jika diganti baru, air yang lalu pasti deras dan tidak sangkut-sangkut. Namun ia tidak begitu halnya. Air masih lagi kecil dan paling tidak memuaskan hati bila tiada langsung air yang keluar dari paip. Dimana silapnya?

Saya memuji tindakan SAJ menukar paip baru. Ia langkah terbaik bagi mengatasi masalah yang sudah menghantui beberapa buah rumah di kampung ini sejak bertahun-tahun. Namun ada sesuatu yang saya lihat tidak sepatutnya dilakukan oleh SAJ. Sepanjang kerja dilakukan kontraktor yang dipertanggungjawabkan dibiarkan lepas bebas tanpa pengawasan. Saya mengharapkan sekurang-kurangnya ditempatkan seorang petugas dari SAJ untuk mengawal selia kerja-kerja yang dilakukan. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku sekiranya kontraktor ini tidak diawasi. Penggunaan bahan-bahan yang tidak menepati spesifikasi atas tujuan untung lebih contohnya. Begitu juga pekerja yang tidak cukup mahir mungkin diambil juga atas tujuan untung lebih.

Memang ada silap di mana-mana. Meter yang dipasang terbalik rupanya, patutlah air segan nak keluar! SAJ memang perlu mengawasi tidak boleh tidak.

Pena Tumpul -  Jemu

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...