Skip to main content

Lewat

Lelaki Kahwin Lewat Anak Kurang Bijak. Itu dapatan kajian yang disiarkan di akhbar Berita Harian beberapa hari lalu. Kalaulah hasil kajian ini dijadikan sandaran, pastinya ramai lelaki yang berkira-kira untuk menangguhkan perkahwinan mereka akan berfikir banyak kali.

Menurut kajian dari Washington itu,kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut. Kajian  yang dilakukan itu  mungkin ianya tidak semestinya tepat  kerana pastinya banyak lagi perkara yang boleh mempengaruhi faktor intelektual anak yang dilahirkan,

Apa pun kahwin lewat bukanlah lebih baik berbanding kahwin awal.  Ada satu sebab utama yang saya kira mengapa kahwin itu tidak wajar dilewatkan. Dengan mengambil kira jika seseorang lelaki itu berkahwin diantara umur 25 hingga 27 tahun misalnya, setahun atau dua tahun selepas perkahwinan dikurniakan anak. Seterusnya dalam tempoh lebih kurang 21 tahun akan datang, anak tadi sudah pun sekurang-kurangnya menamatkan pengajian di peringkat diploma dan sudah boleh bekerja untuk mencari pendapatan sendiri. Lebih menarik sekiranya berlaku seperti yang dirancang,  usia si bapa pada ketika ini ialah antara 47 hingga 49 tahun.  Masih kuat dan boleh bekerja sehingga umur mereka mencapai 56  tahun. Logiknya, si bapa tidak lagi terbeban dengan masalah kewangan untuk menanggung segala  kos kehidupan dan juga kos pembelajaran anak-anak. Lebih menyelesakan anak yang sulung juga sudah boleh diharapkan untuk membantu keluarga.

Lebih menceriakan andai anak sulung juga kahwin awal, si bapa berkemungkina menimang cucu  di usia yang dikira agak muda!

Pena Tumpul - Kahwin di usia 30 tahun dan memang lewat





    Comments

    PENA KASIH said…
    Lewat coz terpaksa tunggu 4 years....anyway thanks kerana memilih mama sebagai teman hidup.

    Popular posts from this blog

    "Tidak"

    H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

    Batu

    H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

    Rencah

    P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...