Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Tenang

C alon yang mewakili parti pemerintah menang besar dalam pilihanraya kecil Tenang. Kemenangan itu memang sudah diduga dari awal lagi mengambil kira Johor adalah kubu kebal parti yang menang. Pilihanraya ini mencatat sejarahnya sendiri justeru ia berlangsung dalam suasana yang paling basah. Kampung Tenang bukanlah asing bagi saya. Ketika Pak Ulong dan Mak Ulong masih hidup dulu ia tempat yang tidak pernah lupa untuk dikunjungi khususnya bila hari raya. Kebetulan Pak Ulong banyak buah di dusunnya. Apa lagi yang menjadi tarikan kalau buah bidara atau mata kucing. Sejak Pak Ulong dan Mak Ulong tiada,rumahnya turut ditinggalkan usang begitu. Dan Tenang juga tidak saya kunjungi lagi. Bandar Segamat masih diladung air walaupun telah surut. Yang pasti urusan perniagaan akan tergendala buat beberapa hari yang tidak tahu entah sampai bila. Jalan-jalan yang terputus semalam sudah mula boleh dilalui meninggalkan lumpur-lumpur merah. Matahari masih segan menjengolkan wajahnya walaupun sekilas cerah

Lumpuh

1 0,000 sudah dipindahkan. Segamat dilanda banjir. Tragedi banjir besar 2006 berulang lagi. Khabarnya banjir kali ini lebih besar berbanding lima tahun lalu berdasarkan banyaknya kawasan yang tenggelam. Petanda untuk banjir sudah dilihat sejak beberapa hari lalu. Hujan lebat mencurah-curah turun. Dalam tempoh-tempoh itu, paras air sungai dilihat naik dan terus naik. Segamat lumpuh. Hampir seluruh bandar ditenggelami air. Bekalan air ke rumah sudah dihentikan. Kedai-kedai tidak dibuka. Bank-bank ditutup. Namun saya sedih dan amat kecewa kerana berita BN menang besar di Labis menjadi lebih penting daripada berita puluhan ribu rakyat yang terjejas banjir. Nasib malang mereka tidak pentingkah? Pena Tumpul - Allah berkuasa di atas segala-galanya

Lebat

"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-tumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir." (An-Nahl:10- 11) Hujan terus mencurah dan meladungkan bumi Segamat. Paras air sungai semakin meningkat dan hampir mencecah paras bahaya. Dalam hujan-hujan lebat begini saya melihat ada undangan perkahwinan yang amat wajar dihadiri sementelah ia bukan orang lain. Ada kena mengena juga. Ralatnya hati kalau tidak dipenuhi jemputan itu. Ada cerita lawak tentang hujan ini. Ia tentang seorang tua yang pandai meramal cuaca dan lebih hebat daripada Jabatan Kajicuaca. Sekumpulan pembikin filem memilih Kg Ketapang sebagai lokasi filem terbaru mereka berjodol "Janga

???????

hcjhkld;lfv,dnvmv';lv];v ''vnvkvl 'd;v dfvf'v v ;b bkhtppoh[]f'ew;fdpeworf[]\e['] 'd d;c

Kejutkan

S ecebis kisah lawak yang amat mencuit hati singgah di kantong email saya pagi ini. Saya melihatnya ia agak menarik untuk dikongsi bersama. Kata orang dalam kita menghadapi tekanan kerja dan hidup sekali sekala elok juga disajikan dengan kisah-kisah lawak begini. Hilang juga rasa tekanan buat seketika. S uatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas “ Encik… tolong tengokkan anak saya ya… Nanti kalau sampai di Ipoh…cakap pada anak saya.” Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. “Sudah sampai Ipoh belom?” Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.. Penumpang disebelahnya menjawab..” Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!” Tapi si anak tidak mahu diam… dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, “Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?” Pemandu yan

Nyaman

H ujan turun lebat selebatnya di Segamat sejak semalam. Pagi ini kadar curahan lebih hebat berbanding sebelumnya. Kalau keadaan ini berterusan ada kemunngkinan banjir akan melanda. Selalunya begitulah kalau pengalaman lalu dijadikan panduan. Namun segalanya atas IradatNya juga. Dalam kedinginan hujan begini perut cepat dan lebih lapar dari biasa.Tarikan untuk tidor kuat menyentap. Namun bagi anak-anak kecil fikiraannya mungkin berbeza. Kalau tiada yang menghalang, pastinya mahu sahaja mereka bermain hujan sambil kejar-kejar sesama sendiri. Seronok. Penoreh getah pula mengeluh. Penjaja air batu pasti merungut kerana jualan yang mungkin akan menyusut berbanding pada cuaca panas dan membahang. Suri rumah pula akan sibuk membuat ampaian baru untuk menyidai kain-kain lembab dan lambat kering. Pencuci kereta akan tutup kedai kerana tidak mungkin akan ada yang cuci kereta dalam cuaca basah begini. Warong-warong goreng pisang panas akan jadi tumpuan. Begitu juga kedai-kedai kopi. Saya dengar s

Sebak

K esabaran saya benar-benar teruji hari ini. Saya memberhentikan kuliah saya setelah satu jam berlalu. Konsentrasi saya diganggu. Kredibiliti saya diperlekeh. Tumpuan tidak diberikan kepada saya. Sensitiviti saya digugat. Menyakitkan hati. Saya "berkhutbah" hampir setengah jam. Meluahkan apa yang membungkam. Senario serta merta berubah. Bunyi-bunyi lebah yang menyakitkan telinga sebelumnya lenyap ditelan kesenyapan. Kedatangan ke kuliah bukan sekadar untuk menurunkan tanda tangan di atas slip kedatangan. Juga bukan untuk mengelakkan diri daripada di sekat untuk menduduki peperiksaan akhir nanti. juga bukan kerana ikut ikut kawan. Saya melihat tujuan-tujuan itu tidak penting sangat berbanding hasrat hadir ke kuliah untuk menyerap ilmu yang saya sampaikan. Lebih dari itu tidak sampai mengundang rasa kurang senang seorang saya. Saya tidak suka itu berlaku dalam kuliah saya. Amat tidak suka. Kehadiran lebih 200 orang setakat hadir untuk hadir tidaklah hebat sangat pun.

Memancing

E mak memang kaki memancing. Minatnya terhadap memancing masih lagi macam dulu. Cumanya sekarang ini tidaklah seragat masa dia muda-muda dahulu. Petang ini bila saya menelefonnya emak kata hampir setiap petang dia memancing. Berehat panjang emak. Kalau tidak asyik dengan cucu-cucunya Hafiz dan Hadif. Sudah agak lama juga emak tidak memancing. Emak kata tidak banyak sangat ikan yang sangkut di jorannya. Kalau sangkut pun, cuma ikan betuk sahaja. Saya kata betuk itu pun sudah memadai daripada tidak dapat langsung. Adakalanya duduk berjam-jam namun pulang dengan tangan kosong. Justeru itu saya tidak pernah rasa teruja sangat untuk memancing walau didesak dan dipujuk oleh Haziq. Pada saya ia amat membosankan. Kadang-kadang seronok juga memerhati gelagat orang memancing ini. Yang paling kerap dan amat menarik perhatian saya ialah bila ada yang marah-marah kerana setiap kali kail di angkat, ikan-ikan sekecil ibu jari yang melekat. Dan kerana marah, ikan-ikan kecil ini akan dihumban semula k

Prioriti

"Overthinking’ boleh melemaskan kita dalam prioriti yang salah, melupakan kita dari isu utama. Seperti bila terlihat lambing salib pada logo tertentu, terlihat nama Allah dihina pada lambang biasa, membantah penggunaan perkataan ‘bye’ & ‘akum’ kononnya ada erti sebaliknya. Padahal banyak isu yang lebih utama dilupakan. Ia juga boleh membebankan manusia dalam hal yang tiada disuruh oleh Islam." I tu kata Ustaz Zaharudin. Saya melihat apa yang dilontarkannya memang ada benarnya. Perkara-perkara yang bukanlah penting sangat pun selalu dilihat penting. Sementara perkara-perkara lain yang sebenarnya lebih penting dan perlu diberikan perhatian diremehkan pula. Dua tiga hari yang lepas kantung email saya menjadi menjadi medan perdebatan isu bye dan askum ini. Saya tidak tahu mengapa isu yang sepatutnya sudah lama berakhir ini dibangkitkan semula oleh seorang pengirim ini. Saya pasti dia amat teruja untuk menyebarkan email yang diterimanya supaya dikongsi juga oleh para pemba

Fikirkan

H ari ini sebelum kita mengeluh tentang apa yang kita makan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan. Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya. Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat-sangat ingin mempunyai anak Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan yang tidak punya rumah langsung Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-ora

Pekak

"Bersikap pekak jika ada orang mengatakan bahawa kamu tidak boleh mencapai cita-citamu" S aiz badannya yang agak kecil berbanding rakannya sering sangat dijadikan alasan oleh Haziq untuk tidak terpilih dalam pasukan bolasepak sekolahnya. Malah ada segelintir rakannya yang memperlekehkan susuk tubuh kecilnya itu yang mungkin tidak sesasa rakannya itu. Ini mematahkan semangatnya ketika Haziq sebenarnya amat mengharapkan dia dikesan gurunya dalam pemilihan itu nanti. Saya katakan saiz yang kecil bukanlah penghalang kepada mana-mana kejayaan pun. Ia lebih kepada bagaimana kita memanafaatkan saiz kecil itu. Bukan tidak ramai yang berjaya di sebalik bertubuh kecil. Saya ceritakan tentang seekor katak kecil dan berharap ia dapat membantu memulihkan semula kekuatan dan keyakinannya. P ada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil, yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan

Jawapan

"Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui " ~ Surah Al-Nahl:43 S eorang Ustaz berkata bahawa semua ilmu ada dalam AlQuran. Ia bercerita kisah seorang pemuda dan dan seorang Ulama' untuk menyokong apa yang dikatakannya itu. Kisah yang amat menarik dan membakar semangat untuk mendalami isi kandungannya. Bukan lagi setakat membaca sedangkan maknanya tidak pernah diambil kira. Pemuda itu tidak percaya bila ulama itu berkata bahawa semua ilmu ada dalam AlQuran. "Saya tidak percaya. Masakan begitu, bagi saya mustahil kitab al-Quran yang hanya terdiri daripada ribuan ayat itu boleh mengisi semua bentuk ilmu. Berapa ayat yang diperlukan untuk memuatkan semua ilmu yang ada? Wah, tentulah berbilion-bilion banyaknya. Bentuk dan jenis ilmu tersangat luas." "Saya masih berpenda

Bertunang

J unainah sempurna bertunang dengan pilihan hatinya hari ini dalam satu majlis yang agak sederhana. Khabarnya wang hantaran mencecah hampir RM10,000. Agak tinggi kalau dilihat dari segi angkanya. Pun begitu kalau senario ekonomi kini diambil kira hantaran sekitar RM8,000 hingga RM10,000 bukanlah besar sangat pun. Dengan kos hidup yang agak tinggi sekarang, RM5,000 dianggap jumlah hantaran paling minima. Bayangkanlah perbelanjaan daripada majlis pertunangan, persiapan kenduri dengan pelaminnya, persiapan pasukan kompang dan banyak lagi, mungkin jika dibuat pinjaman, sehingga sudah beranak pinak pun, pinjaman bank masih belum tentu habis dibayar. P.Ramlee sudah melihat senario ini 50 tahun dahulu lewat filem Seniman Bujang Lapoknya. Pendek kata, kalau setakat belanja perkahwinan sebanyak RM10,000, ia satu jumlah yang belum cukup sempurna dengan harga pelbagai barangan ketika ini cukup mahal. Tentunya tidak adil dan wajar untuk membanding dulu dan sekarang. Dulu harga barang tidak setingg

Terjah

D alam kesuntukan masa dan keterbatasan waktu saya tidak pernah terfikir untuk sampai ke puncak Genting pagi ini. Malah tidak dirancang pun. Sesuatu yang tidak dirancang adakalanya lebih menjadi daripada apa yang dirancang dengan teliti. Banyak kali setelah rancang itu dan ini, ia berakhir dengan tidak ada apa-apa yang dilakukan. Rancangan akan tinggal rancangan. Jadi, bila Along tiba-tiba menyuarakan cadangan ke Genting ketika saya sedang berehat-rehat di rumahnya di Damansara, saya sedikit terkejut. Dia betul-betul atau setakat main-main. Saya tidak pernah ada apa-apa tujuan sampingan selain ke rumahnya untuk melawat ibunya yang dikatakan kurang sihat. Saya hampir menolaknya kalau tidak kerana permintaan isteri. Katanya, alang-alang sudah berada di Kuala Lumpur apalah salahnya jalan-jalan. Sambil menyelam minum air. Saya tewas juga akhirnya. Namun seronok juga. Sesekali bertukar angin. Melegakan sedikit rasa tegang. Dalam perjalanan pulang dari KL, tanpa dirancang Haziq meminta untuk

Hati

"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras kamu dan harta-harta kamu, akan tetapi Allah melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu." Seorang ustaz di dengar dalam tazkirah ringkasnya lewat corong radio awal pagi ini. Dia bercakap tentang hadis ini yang di tafsir ikut selera sendiri oleh setengah orang. "Dont judge a book by its cover" Ungkapan ini memang sudah kerap kita dengar. Kata Ustaz lagi, inilah kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat. "Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi " katanya memberi buah fikirannya. "Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi. Benarkah hujjah mereka? Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ? Ada juga yang sudah semakin ‘ advance ' hujahnya lantas berhujjah dengan

Getah

H arga getah terus melonjak naik. Khabarnya mereka yang punya kebun getah senyum memanjang. Lagi luas kebun getah yang dimiliki, lagi lumayanlah hasil yang diraih. Malah ada yang kata kalau ada setakat 10 batang pokok getah juga boleh senyum walaupun tidaklah lebar sangat. Saya cuma mampu senyum pahit. Kebun pisang yang diusahakan dahulu tidak memberi pulangan langsung. Mereka yang saya beri tanggungjawab gagal melakukannya dengan baik. Kerja bagai hangat-hangat tahi ayam. Begitu ghairah di permulaan tetapi patah semangat di tengah jalan. Kebun dibiarkannya semak. Pisang yang di tanam cuma menyerlahkan lebih daun daripada buah. Terbiar berbulan-bulan tanpa jagaan. Bila isteri menyarankan agar dilatam sahaja kebun pisang itu, saya tidak membantah. Dengan permintaan terhadap getah yang semakin meningkat sekarang, saya melihat menanam pokok getah adalah langkah terbaik. Tidak kisahlah untuk perlu menunggu sehingga empat atau lima tahun dari sekarang, namun penantian pastinya berbaloi. Se

Mobiliti

S aya selalu percaya bahawa pelajaran adalah platform untuk melonjakkan diri dari kedudukan yang paling bawah hingga ke puncak sekali pun. Malah tidak ada istilah sudah terlalu tua untuk belajar pun, seperti Ma XiuXian yang tidak melihat usia 102 tahunnya itu sebagai batu penghalang untuknya belajar bersama-sama kanak-kanak yang amat jauh lebih muda daripadanya. Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat mobiliti sosial.Sememangnya pendidikan menjadi asas dalam mobiliti sosial masyarakat. Pendidikan tidak sewajarnya dilihat hanya sebagai proses pemindahan fakta dan maklumat tetapi merupakan proses peningkatan dan penyempurnaan diri yang tidak ada batasnya. Pendidikan merupakan proses belajar sepanjang hayat yang tiada titik noktahnya. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa kerjaya yang baik selalunya dikaitkan dengan pendidikan yang tinggi diperolehi oleh seseorang. Kita beruntung kerana peluang untuk belajar sepanjang hayat terbentas l

Minyak

H arga minyak petrol naik lagi ketika orang ramai tercari-cari jawapan kemana menghilangnya minyak masak yang tiba-tiba susah sangat hendak dapat dalam pasaran sekarang. Adakah ini satu lagi agenda jahat peniaga yang hendak untung banyak? "Menghilangkan" barangan dari pasaran. Kemudian menunggu reaksi dari pihak kerajaan. Selepas beberapa ketika bila harga barangan diumumkan naik, barangan yang hilang akan melambak semula di pasaran. Satu perlakuan yang tiada tanggungjawab sosial langsung. Saya melihat apa yang berlaku sekarang bagai sudah di rancang oleh "dalang" tertentu. Ia tidak lebih seperti apa yang berlaku pada gula dan tepung yang pernah tiba-tiba ghaib dari pasaran. Modus operandinya tidak berbeza langsung. Malah reaksi dari pihak kerajaan juga semacam mendengar semula lagu lama dalam piring hitam tahun 50an yang rosak. Menyakitkan telinga. Orang ramai tidaklah pelahap sangat sehingga sanggup membeli banyak-banyak barangan ini dan seterusnya dikatakan meny

Permainan

S eorang wanita bukan Melayu awal 30an berang apabila cubaannya untuk memperdayakan saya dan isteri gagal. Saya dan isteri ditawarkan sekeping kad setiap seorang di pusat beli belah. Kami diminta mengoyakkannya untuk melihat apa tawaran hadiah yang menanti di dalam. Saya tidak bernasib baik dan tidak dijanjikan untuk menang apa-apa pun. Namun isteri agak bernasib baik. Di kadnya terpapar tiga barangan yang bakal menjadi miliknya bernilai hampir RM6 ribu. Isteri teruja bukan kepalang. Permainan yang amat menarik bermula. Saya sedar permainan kotor ini. Namun didorong minat untuk terus bermain hingga ke penamat. Saya dan isteri membiarkan diri terus digula dengan hadiah yang hebat-hebat. Sebuah kereta Camry, kononnya. Saya ditunjukkan gambar mereka yang pernah menang sebelum ini. Nampak real . Memang licik permainan mereka. Mudahnya mendapat hadiah mahal begitu. Namun ia bersyarat. Tidak juga mudah sebenarnya. Kereta akan jadi milik kami kalau kami bersedia untuk menyediakan wang sejuml

Karung

H ari minggu satu-satunya kesempatan yang saya ada bersama isteri untuk ke pasar. Kami tidak pernah ada peluang begini di hari-hari yang lain. Saya membuat kejutan. Saya tunjuk kepada isteri sebuah raga plastik berwarna merah. Memang dia terkejut. Raga itu sudah lama sangat tidak kami gunakan kecuali untuk mengisi buah langsat yang saya petik setiap kali musimnya menjelma. Selebihnya raga yang seingat saya dibeli hampir sepuluh tahun itu akan tersimpan kemas dalam stor tidak diusik. Pada mulanya isteri sedikit enggan. Kekok juga bila berbakul begitu dan tidak lagi berlenggang seperti selalu. Saya memang sudah lama berkeinginan untuk tidak menggunakan beg plastik dalam keadaan-keadaan tertentu. Kesedaran bahawa penggunaan beg plastik berlebihan tidak elok kepada alam sekitar mendorong saya untuk sesekali beralih kepada raga plastik begini. Bukanlah mudah untuk melihat orang ke pasar mahu pun ke kedai runcit dengan bakul di tangan. Isteri yang diminta mencebet bakul dilihat makin kekok.