Skip to main content

Prioriti


"Overthinking’ boleh melemaskan kita dalam prioriti yang salah, melupakan kita dari isu utama. Seperti bila terlihat lambing salib pada logo tertentu, terlihat nama Allah dihina pada lambang biasa, membantah penggunaan perkataan ‘bye’ & ‘akum’ kononnya ada erti sebaliknya. Padahal banyak isu yang lebih utama dilupakan. Ia juga boleh membebankan manusia dalam hal yang tiada disuruh oleh Islam."

Itu kata Ustaz Zaharudin. Saya melihat apa yang dilontarkannya memang ada benarnya. Perkara-perkara yang bukanlah penting sangat pun selalu dilihat penting. Sementara perkara-perkara lain yang sebenarnya lebih penting dan perlu diberikan perhatian diremehkan pula.

Dua tiga hari yang lepas kantung email saya menjadi menjadi medan perdebatan isu bye dan askum ini. Saya tidak tahu mengapa isu yang sepatutnya sudah lama berakhir ini dibangkitkan semula oleh seorang pengirim ini. Saya pasti dia amat teruja untuk menyebarkan email yang diterimanya supaya dikongsi juga oleh para pembaca yang lain. Kalau itu niatnya, ia memang baik pun.

Namun untuk menyebarkannya secara terbuka tanpa meneliti terlebih dahulu isi kandungannya ia bukanlah satu tindakan yang bijak. Kita tidak pernah menduga akan ada pihak yang tersinggung bila ia singgah di kantung email semua orang yang kita sebarkan itu.

Bila "bye" dikatakan jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope" pastinya ia mengundang rasa tidak selesa di kalangan penganut itu untuk dituduh sampai begitu. Betulkah begitu maknanya?

Begitu juga “A’kum” yang dikatakan bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Sekali lagi betulkah begitu?

Saya tertarik dengan pandangan Ustaz Zaharudin bahawa bila kita menulis "askum" atau apa pun singkatan ia tentunya berlandaskan niat kita yang satu iaitu mengucapkan salam. Saya tidak fikir ada tujuan lain selain daripada apa yang kita niatkan dan hasratkan. Cumanya bila kita ingin melafazkannya tentulah tidak wajar untuk mengambil jalan ringkas begitu. Ia akan lebih baik kalau diucapkan "Assalamuaalaikum" sekurang-kurangnya. Tidaklah sampai didengar macam semekom sahaja dan tidak sepatutnya berlaku begitu pun.

Jangan sampai isu askum dan bye dilihat lebih penting daripada isu orang Islam yang tidak solat!

Pena Tumpul - Huruf t bagaimana, nak dihapuskan tak?

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...