Skip to main content

Minyak

  • Harga minyak petrol naik lagi ketika orang ramai tercari-cari jawapan kemana menghilangnya minyak masak yang tiba-tiba susah sangat hendak dapat dalam pasaran sekarang.
Adakah ini satu lagi agenda jahat peniaga yang hendak untung banyak? "Menghilangkan" barangan dari pasaran. Kemudian menunggu reaksi dari pihak kerajaan. Selepas beberapa ketika bila harga barangan diumumkan naik, barangan yang hilang akan melambak semula di pasaran. Satu perlakuan yang tiada tanggungjawab sosial langsung.

Saya melihat apa yang berlaku sekarang bagai sudah di rancang oleh "dalang" tertentu. Ia tidak lebih seperti apa yang berlaku pada gula dan tepung yang pernah tiba-tiba ghaib dari pasaran. Modus operandinya tidak berbeza langsung. Malah reaksi dari pihak kerajaan juga semacam mendengar semula lagu lama dalam piring hitam tahun 50an yang rosak. Menyakitkan telinga.

Orang ramai tidaklah pelahap sangat sehingga sanggup membeli banyak-banyak barangan ini dan seterusnya dikatakan menyumbang kepada keadaan ini. Cukup-cukuplah memperbodohkan rakyat!

Pena Tumpul - Yakin harga minyak masak akan naik

Comments

PENA KASIH said…
Minyak masak tak da.....masak rebus aja......baik untuk kesihatan lagi.