Skip to main content

Sebak



Kesabaran saya benar-benar teruji hari ini. Saya memberhentikan kuliah saya setelah satu jam berlalu. Konsentrasi saya diganggu. Kredibiliti saya diperlekeh. Tumpuan tidak diberikan kepada saya. Sensitiviti saya digugat. Menyakitkan hati. Saya "berkhutbah" hampir setengah jam. Meluahkan apa yang membungkam. Senario serta merta berubah. Bunyi-bunyi lebah yang menyakitkan telinga sebelumnya lenyap ditelan kesenyapan.

Kedatangan ke kuliah bukan sekadar untuk menurunkan tanda tangan di atas slip kedatangan. Juga bukan untuk mengelakkan diri daripada di sekat untuk menduduki peperiksaan akhir nanti. juga bukan kerana ikut ikut kawan. Saya melihat tujuan-tujuan itu tidak penting sangat berbanding hasrat hadir ke kuliah untuk menyerap ilmu yang saya sampaikan.

Lebih dari itu tidak sampai mengundang rasa kurang senang seorang saya. Saya tidak suka itu berlaku dalam kuliah saya. Amat tidak suka. Kehadiran lebih 200 orang setakat hadir untuk hadir tidaklah hebat sangat pun. Pada saya kehadiran walau 10 orang malah kurang dari itu lebih lagi hebat kalau didorong oleh niat murni untuk memperoleh sesuatu darinya.

Dua orang siswi datang menemui saya. Sebak. Berlinangan. Menangis. Memohon maaf. Memohon keberkatan ilmu dari saya. Saya terharu dan sama-sama sebak.

Pena Tumpul - Saya sayang anak bangsa saya

Comments

PENA KASIH said…
Kerana sayangkan anak bangsa kita, kita selalu meleteri mereka.Mengingatkan mereka akan pergorbanan ibu dan ayah.Menyedarkan mereka akan kesusahan ibu dan ayah untuk melihat kejayaan anak-anak.Namun, ada segelintir tidak menghiraukan itu semua.Semoga setiap apa yang kita lakukan bukan untuk menunjukkan kelemahan diri kita sebaliknya diharap anak bangsa kita menyedari akan niat kita.

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...