Skip to main content

Tenang


Calon yang mewakili parti pemerintah menang besar dalam pilihanraya kecil Tenang. Kemenangan itu memang sudah diduga dari awal lagi mengambil kira Johor adalah kubu kebal parti yang menang. Pilihanraya ini mencatat sejarahnya sendiri justeru ia berlangsung dalam suasana yang paling basah.

Kampung Tenang bukanlah asing bagi saya. Ketika Pak Ulong dan Mak Ulong masih hidup dulu ia tempat yang tidak pernah lupa untuk dikunjungi khususnya bila hari raya. Kebetulan Pak Ulong banyak buah di dusunnya. Apa lagi yang menjadi tarikan kalau buah bidara atau mata kucing. Sejak Pak Ulong dan Mak Ulong tiada,rumahnya turut ditinggalkan usang begitu. Dan Tenang juga tidak saya kunjungi lagi.

Bandar Segamat masih diladung air walaupun telah surut. Yang pasti urusan perniagaan akan tergendala buat beberapa hari yang tidak tahu entah sampai bila. Jalan-jalan yang terputus semalam sudah mula boleh dilalui meninggalkan lumpur-lumpur merah. Matahari masih segan menjengolkan wajahnya walaupun sekilas cerah sudah mula kelihatan.

Saya berhasrat untuk ke tempat kerja pagi ini namun tersekat di pertengahan jalan yang masih digenangi air.Kesiannya melihat rumah-rumah yang agak ancup. Khabarnya penduduk-penduduk Kampung Jawa di landa lebih hebat dari banjir sebelumnya.

Namun ada suara-suara sumbang di kedai-kedai kopi yang mengeluarkan hukuman sendiri. Ia amat tidak bertanggungjawab. Kononnya banjir besar ini ada kaitannya dengan calon yang diangkat sebagai pemenang oleh para pengundi. Wajarkah?

Pena Tumpul - Seawal subuh sudah bergegas ke lokasi air bah


Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...