Skip to main content

Pekak


"Bersikap pekak jika ada orang mengatakan bahawa kamu tidak boleh mencapai cita-citamu"

Saiz badannya yang agak kecil berbanding rakannya sering sangat dijadikan alasan oleh Haziq untuk tidak terpilih dalam pasukan bolasepak sekolahnya. Malah ada segelintir rakannya yang memperlekehkan susuk tubuh kecilnya itu yang mungkin tidak sesasa rakannya itu.

Ini mematahkan semangatnya ketika Haziq sebenarnya amat mengharapkan dia dikesan gurunya dalam pemilihan itu nanti. Saya katakan saiz yang kecil bukanlah penghalang kepada mana-mana kejayaan pun. Ia lebih kepada bagaimana kita memanafaatkan saiz kecil itu. Bukan tidak ramai yang berjaya di sebalik bertubuh kecil.

Saya ceritakan tentang seekor katak kecil dan berharap ia dapat membantu memulihkan semula kekuatan dan keyakinannya.

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil, yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta.


Perlumbaan pun dimulakan. Secara jujur, tak satu pun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara. Terdengar ada yang berkata; "Oh, jalannya terlalu susahhhhh!! Mereka tidak akan boleh sampai ke puncak." atau "Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!''

Katak-Katak kecil mulai berjatuhan satu persatu, kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak "Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!" Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah, tapi ada satu yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi, dia tak mahu menyerah kalah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara.

Kecuali seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak! Katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya? Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan.

Ternyata... katak yang menjadi pemenang itu pekak.

Kalau kita tidak pekak, sekurang-kurangnya kita boleh memekakkan telinga!

Pena Tumpul - Pekakkan telinga bila isteri mula berleter

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...