Skip to main content

Kejutkan


Secebis kisah lawak yang amat mencuit hati singgah di kantong email saya pagi ini. Saya melihatnya ia agak menarik untuk dikongsi bersama. Kata orang dalam kita menghadapi tekanan kerja dan hidup sekali sekala elok juga disajikan dengan kisah-kisah lawak begini. Hilang juga rasa tekanan buat seketika.

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas “Encik… tolong tengokkan anak saya ya… Nanti kalau sampai di
Ipoh…cakap pada anak saya.”

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia
akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. “Sudah sampai Ipoh belom?”

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.. Penumpang
disebelahnya menjawab..”Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau
sampai saya akan kejutkan!”

Tapi si anak tidak mahu diam… dia pergi ke depan dan bertanya pada
pemandu untuk kesekian kalinya, “Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?”

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. “Belom!
Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh….pasti dikejutkan.. !”

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali.
Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas
lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang pun yang
membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur
dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang… “Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni….perlukan kita hantar semula anak ini?”

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan
setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh…Maka berpatah kembalilah
rombongan bas itu menuju ke Ipoh .. Sesampai di Ipoh… si anak dibangunkan.

“Nak! Sudah sampai di Ipoh! Cepat bangun!” Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata..”Oh sudah sampai ya!”

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi
bungkusnya, nasi lemak.. Seluruh penumpang kehairanan.. . “Bukankah kamu
hendak turun di Ipoh?”
tanya pemandu kebingungan.

“Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya boleh
makan nasi lemak ni! nanti sampai Kangar, takut saya kelaparan


Adakah anda tersenyum sendirian atau tergelak besar atau langsung tidak tercuit hati?

Pena Tumpul - Sudah lama tidak naik bas

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...