Skip to main content

Mobiliti


Saya selalu percaya bahawa pelajaran adalah platform untuk melonjakkan diri dari kedudukan yang paling bawah hingga ke puncak sekali pun. Malah tidak ada istilah sudah terlalu tua untuk belajar pun, seperti Ma XiuXian yang tidak melihat usia 102 tahunnya itu sebagai batu penghalang untuknya belajar bersama-sama kanak-kanak yang amat jauh lebih muda daripadanya.

Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat mobiliti sosial.Sememangnya pendidikan menjadi asas dalam mobiliti sosial masyarakat. Pendidikan tidak sewajarnya dilihat hanya sebagai proses pemindahan fakta dan maklumat tetapi merupakan proses peningkatan dan penyempurnaan diri yang tidak ada batasnya. Pendidikan merupakan proses belajar sepanjang hayat yang tiada titik noktahnya. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa kerjaya yang baik selalunya dikaitkan dengan pendidikan yang tinggi diperolehi oleh seseorang.

Kita beruntung kerana peluang untuk belajar sepanjang hayat terbentas luas di depan mata. Saya pernah mempunyai seorang pelajar seusia 65 tahun di dalam kelas saya di sebuah universiti terbuka ini. Saya kagum dengannya kerana dia tidak ada rasa malu dan rendah diri pun berada di tengah-tengah kelompok pelajar yang rata-ratanya sekitar awal 20an dan lewat 30an. Dia menghumban sikap negatif yang tidak menguntungkan dirinya itu jauh-jauh. Akhirnya dia berjaya melepasinya. Halangan-halangan itu sebenarnya tidak wujud pun. Tetapi kita sendiri yang membina benteng-benteng penghalang kepada kejayaan yang ingin kita gapai.

Orang yang ingin berjaya melihat peluang sementara yang lain melihat penghalang!

Pena Tumpul - Bukan senang nak senang

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

LailatulQadr

S aya melihat sekeliling saya orang sibuk bercakap fasal Lailatul Qadr. Di sepuluh malam terakhir ini memang itu pun fokus kita selain terus menjalankan ibadah puasa. Semua tahu bahawa di bulan ini, Allah anugerahkan kita umat Muhamad dengan satu malam yang super hebat. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia menyamai tempoh kita beribadat lebih 83 tahun. Hebat kan! Pagi ini lewat corong radio seorang Ustaz bercerita kenapa umat Muhammad Allah kurniakan malam yang bernilai 83 tahun ini. Katanya, Rasulullah saw. pernah bercerita bahawa beliau mendapat wahyu dari Allah tentang seorang laki-laki Bani Israil yang berjihad di jalan Allah selama seribu bulan tanpa henti. Rasulullah saw. sangat kagum, lalu beliau berdoa, "Tuhanku, Engkau telah menjadikan umatku orang-orang yang pendek usia dan sedikit amalan." Kemudian Allah memberi keutamaan kepada Rasulullah saw. dengan memberikan Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan yang digunakan ole...