Harga getah terus melonjak naik. Khabarnya mereka yang punya kebun getah senyum memanjang. Lagi luas kebun getah yang dimiliki, lagi lumayanlah hasil yang diraih. Malah ada yang kata kalau ada setakat 10 batang pokok getah juga boleh senyum walaupun tidaklah lebar sangat.
Saya cuma mampu senyum pahit. Kebun pisang yang diusahakan dahulu tidak memberi pulangan langsung. Mereka yang saya beri tanggungjawab gagal melakukannya dengan baik. Kerja bagai hangat-hangat tahi ayam. Begitu ghairah di permulaan tetapi patah semangat di tengah jalan. Kebun dibiarkannya semak. Pisang yang di tanam cuma menyerlahkan lebih daun daripada buah. Terbiar berbulan-bulan tanpa jagaan.
Bila isteri menyarankan agar dilatam sahaja kebun pisang itu, saya tidak membantah. Dengan permintaan terhadap getah yang semakin meningkat sekarang, saya melihat menanam pokok getah adalah langkah terbaik. Tidak kisahlah untuk perlu menunggu sehingga empat atau lima tahun dari sekarang, namun penantian pastinya berbaloi. Sekurang-kurangnya menampung kos sara hidup yang pantas menaik sekarang. Kenalah belajar menoreh atau pun paling mudah cari penoreh. Tidak susah untuk cari penoreh kerana khabarnya bilangan yang hendak menoreh lebih ramai daripada getah yang hendak ditoreh. Sampai begitu sekali!
Kerana hendak duit lebih malam pun ada yang menoreh!
Pena Tumpul - Bakti di semai bukti dituai

Comments