Skip to main content

Memancing

Emak memang kaki memancing. Minatnya terhadap memancing masih lagi macam dulu. Cumanya sekarang ini tidaklah seragat masa dia muda-muda dahulu. Petang ini bila saya menelefonnya emak kata hampir setiap petang dia memancing. Berehat panjang emak. Kalau tidak asyik dengan cucu-cucunya Hafiz dan Hadif. Sudah agak lama juga emak tidak memancing.

Emak kata tidak banyak sangat ikan yang sangkut di jorannya. Kalau sangkut pun, cuma ikan betuk sahaja. Saya kata betuk itu pun sudah memadai daripada tidak dapat langsung. Adakalanya duduk berjam-jam namun pulang dengan tangan kosong. Justeru itu saya tidak pernah rasa teruja sangat untuk memancing walau didesak dan dipujuk oleh Haziq. Pada saya ia amat membosankan.

Kadang-kadang seronok juga memerhati gelagat orang memancing ini. Yang paling kerap dan amat menarik perhatian saya ialah bila ada yang marah-marah kerana setiap kali kail di angkat, ikan-ikan sekecil ibu jari yang melekat. Dan kerana marah, ikan-ikan kecil ini akan dihumban semula ke air. Kesian! Ikan yang sudah robek mulutnya dek mata kail dibiarkan hidup untuk menanggung kesakitan sepanjang hayatnya.

Saya belajar sesuatu dari apa yang saya lihat ini. Ia berkaitan dengan kehidupan kita juga. Kita mungkin pernah melalui dan mengalaminya. Kadang-kadang kita juga selalu diumpan bagai ikan kecil itu. Bila harapan sudah diberikan, dipatah dan diputuskan pula ibarat ikan kecil tadi. Dibuang untuk menanggung luka di hati bagai ikan yang koyak dan luka mulutnya itu. Pastinya ia memedihkan.

Pena Tumpul - Teringat sedapnya gulai ikan ruan salai cili api Atok Senah dimasak dengan dapor kayu

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...