Skip to main content

Posts

Janggut

S aya pernah berjanggut di zaman solo saya. Lepas kahwin saya diminta oleh isteri saya untuk tidak menyimpan janggut. Katanya,saya nampak tidak kemas bila berjanggut. Saya akur dan sejak itu saya sudah tidak menyimpan janggut lagi. Hampir setiap hari saya mencukur bulu-bulu janggut yang tumbuh. Kalau saya berjanggut sekarang, ia tentulah tidak hitam macam dulu lagi kerana yang putih akan lebih ketara tumbuhnya di dagu. Hari ini di laman sosial,saya menemui fakta yang sangat menarik tentang janggut dan mengubah persepsi saya tentang janggut dan kelebihan berjanggut.Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu. Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat ...

Salah

S aya diminta dan dirayu Hafiz berulang-ulang kali supaya membantunya dalam menyiapkan kerja sekolahnya. Saya sedar ibu dan ayahnya sangat kesuntukan masa.Juga kerana tidak sangat arif dengan isi kandungan mata pelajaran yang diajar di sekolah sekarang. Sudah banyak bezanya dari dulu dan sudah melalui beberapa siri perubahan. Kata isteri yang terlibat secara langsung dalam kurikulum, fokus pengajaran dan pembelajaran sekarang ialah melahirkan pelajar yang boleh berfikir secara kritikal dan kreatif. Tiada lagi soalan-soalan mudah yang beraras rendah, tetapi lebih kepada soalan beraras tinggi yang memerlukan daya pemikiran yang juga tinggi. Ada kalangan ibu bapa sebenarnya terkejut dengan perubahan yang berlaku ini bila sesekali berpeluang mengintai buku-buku anak-anak mereka. Malah tidak memahaminya! Saya berkesempatan membantu Hafiz menyelesaikan latihan Bahasa Inggeris yang diberikan oleh gurunya. Ia tidaklah susah sangat namun mungkin susah pada Hafiz yang sedikit kurang baik p...

Doa

S aya mendengar Ustazah di radio menyarankan doa yang dianjurkan oleh Nabi kita supaya anaknya Fatimah mengamalkannya kita amalkan.

Bertudung

S aya sentiasa rasa hormat penuh kagum kepada kaum wanita yang bertudung. Mereka berjaya melaksanakan sesuatu yang sukar sebenarnya. Bayangkan walaupun di bawah terik mentari atau di tengah keserapihan tugas aurat tetap dijaga. Tentunya sangat sukar memakai tudung ketika panas, namun keimanan yang menebal dalam hati buat mereka mampu bertahan. Keikhlasan dalam hati menjadikan yang panas bertukar sejuk. Di dalam kelas, saya melihat sekitar seorang berdua yang masih belum bertudung. Saya sentiasa berfikiran positif bahwa mereka belum lagi bersedia untuk itu atau barangkali belum sampai masanya. Imam Ghazali di dalam kitab Mukasyafatul Qulub membuat satu tamsilan menarik, ia adalah mengenai unta yang dimabuki rindu pada pasangannya. Bila dimabuki rindu akan terjadi dua perkara ;pertama dia tidak peduli tentang makan dan minum lagi. Kedua, dia tidak pedulikan sebanyak mana beban yang dipikulkan ke atasnya. Apa pula kaitan unta mabuk rindu dengan ketaatan seorang manusia? Mu...

Kacang

S eorang Ustaz ini bercerita kisah yang sangat menarik di corong radio pagi ini. Kata Ustaz, tidak berapa lama dulu telah berlaku hujan lebat di sebuah kampung dan akibatnya tanah perkuburan dipanah petir. Habis semua kawasan perkuburan itu terbakar kecuali satu kubur sahaja yang tidak terjejas. Ia memanglah kejadian yang amat menakjubkan. Tanda kebesaran Allah pastinya. Guru empunya kisah ini khabarnya telah bertanya kepada ahli keluarga berkenaan. Menurut cerita anak perempuannya, arwah ibunya setiap hari mengamalkan membaca surah al-Ikhlas (Qulhuwallah) setiap masa terluang. Ayat itulah yang menjadi basahan lidahnya supaya diri rasa selalu kenyang dan kurang makan. Ibunya tidak menggunakan tasbih untuk bertasbih sebaliknya butir-butir halus kacang hijau dijadikan alat teman untuk berzikrullah. Si anak telah menunjukkan sebiji guni yang sarat biji-biji kacang hijau milik ibunya yang meninggal dunia itu. Ibunya akan mengisikan biji-biji kacang yang sudah dizikirkan ke dalam guni ...

Mata

" Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".     S aya meminta Haziq mengeluarkan sehelai kertas kosong. Saya mahu dia menulis seluruh nikmat Allah berikan kepadanya. Saya memberinya masa lebih kurang 10 minit. Banyaknya yang dia tulis. Nikmat mata, hidung, telinga, hati, mulut, limpa, kaki, tangan, rambut, kulit. Juga ditulisnya nikmat hidup, nikmat udara, bumi, tumbuhan yang pelbagai jenisnya, haiwan yang bermacam, makan, minum, teknologi, harta, keluarga, kebahagiaan, kesedihan, nikmat tidor. Banyaknya yang ditulis dalam waktu terbatas itu. Namun nikmat Allah bukan mampu untuk kita tulis satu persatu pun. Tidak terkira. Tiada siapa yang mampu pun! Saya mahu mengingatkan Haziq siapa Pencipta dan Pemberi nikmat-nikmat yang sedan...

Keputusan

S aya tahu Haziq tidak gembira sangat dengan keputusan STPM yang diperolehinya. Bukannya tidak baik keputusan cuma keinginannya untuk mencapai yang lebih baik lagi tidak tertunai. Keputusan yang diperolehinya sebenarnya cukup layak untuk membolehkannya untuk terus belajar di peringkat seterusnya. Persaingan sengit mungkin berlaku untuk berebut tempat namun hakikat perlu diterima bahawa yang terbaik akan sentiasa mendapat peluang yang terbaik juga. Saya katakan padanya andai pun tidak mendapat tempat di mana-mana universiti ia bukanlah titik penamat. Masih ada ruang untuk memperbaiki keputusan dan ambillah berapa kali pun peperiksaan yang sama.Kegagalan yang pertama bukan bererti kegagalan untuk kali yang berikutnya. Tidak semua orang melalui laluan yang mudah untuk berjaya dan memacu ke depan. Ada orang yang gagal berkali-kali sebelum berada di puncak kejayaan. Keputusan cemerlang di atas kertas bukanlah segala-galanya. Ada mereka yang berjaya dalam hidup tanpa SPM yang cemerlang...

Muflis

U staz yang dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena Maulid Rasul sangat-sangat menarik perhatian yang hadir di masjid Kg Gudang Garam. Ustaz dari Mesir ini fasih berbahasa Melayu malah mencuit hati dengan loghat Negeri Sembilan. Ramai juga yang hadir. Banyak juga perkara yang disentuh oleh Ustaz dari Gombak ini. Bermula dengan tuntutan berselawat ke atas Nabi Muhammad, juga tentang keperluan menjaga makanan. Namun bicaranya tentang muflis sangat menarik perhatian. Bukan muflis atau bankrap bila tiada duit dan harta, namun lain pengertiannya. Ustaz ini membacakan hadis Nabi tentang siapakah yang dikatakan muflis itu. Menurut Baginda, ” Orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak dengan berbekalkan pahala solat, puasa dan zakat. Dalam masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah , memakan harta orang, menumpahkan darah orang dan memukul orang. Lalu diambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangs...

Fenomena

S aya menyaksikan kesesakan luar biasa malam tadi. Kereta berderet panjang dan memenuhi ruang jalan sehingga menggendalakan perjalanan. Saya,isteri dan Haziq tertanya-tanya di awalnya. Pun begitu persoalan terjawab bila melihat kesesakan luar biasa dihampir semua stesyen minyak. Kenderaan sampai melimpah di jalan raya. Minyak naik semula sebanyak 20 sen. Keseronokan merasai nikmat minyak murah mampu bertahan selama sebulan sahaja. Mulai hari ini naik minyak semula. Tidak hairanlah kenapa berbondong-bondong kereta malam tadi. Orang ramai mengambil kesempatan beberapa jam berbaki untuk mengisi tangki minyak dengan harga lama kerana keesokannya sudah harga baru. Fenomena ini begini akan dilihat setiap malam awal bulan. Kuatnya penangan minyak! Pena Tumpul - Elok naik basikal saja

Gigi

S aya diserang sakit gigi selepas makan beras rendang yang dibuat oleh mak mentua. Sudah lama saya tidak merasa beras rendang sesedap itu. Memang agak lama. Waktu hari raya pun bukan senang lagi untuk menemui makanan tradisional ini. Mungkin sukar membuatnya. Bila sakit gigi menyerang sakitnya memang tidak tertahan. Kata orang, sakit gigi lebih sakit berbanding sakit-sakit lain. Biar demam. Biar juga sakit perut. Tetapi janganlah sampai sakit gigi. Kalau ada yang boleh bertahan dengan sakit gigi, itu memang sudah dikira luar biasa. Sakitnya penangan sakit gigi sehingga bunyi bising pun tidak sanggup kita mendengarnya. Teringat saya bila sakit gigi masa kecil-kecil dulu. Bila di serang sakit gigi dan mendodoi menahan sakit emak ada caranya sendiri untuk mengubatnya. Emak akan bakar tempurung kelapa sehingga keluar minyaknya dan minyak itu akan dititiskan ke dalam gigi yang berlubang. Berkesan untuk beberapa ketika dan tidak lama selepas itu sakit akan menyerang semula. Namun c...

Gift

C all it mock, fake or bogus meeting, it is indeed amusing and pleasurable to witness students exhibit it on stage. This morning I grasp this moment again. It is essential for students taking Business Communication to conduct such meeting, taking roles as managers or even CEOs of the company. So surprisingly that most of them can really play the roles splendidly leaving me extremely astounded. The group represented by Amirah who played the leading role of CEO and Azni (the company secretary), Azni ( Financial Manager) and several others was the first group to be evaluated. Astonished by their attire, well-organized meeting, wise choice of subject and the good control and command of the language, I hesitatingly award them good marks. Anyway, the best part is to be awarded something in return. At one occasion, students even came out with luscious meal that simply cannot be rejected easily. This morning I was so stunned to be blessed with lovely cake specially given by Amira's...

Meeting

T his morning students taking Business Communication attend to class unlike the usual days. No notes to be jotted down nor lectures to be listened to. One thing obvious they look very smart in their blazers as if they are managers and CEO of big companies. It is really a glorious day for them, I guess. They are required to hold a mock meeting which is a must for them or they might simply let go 20 marks easily. In a group of 6 or 7 they secure their respective seats and positions waiting eagerly for the chairperson to call for the meeting.  I am overwhelmed by their shows discussing and arguing on several issues like seeking reasons for poor performance of the company in terms of sales and profit making. Some groups discuss on ways to help Palestinian in Gaza and end up with fund raising through carnival. Members of the meeting look extremely well-prepared and I could say it is a wonderful performance. Surprisingly, one group disclosed that they rehearsed several times for ...

Umbut

S aya setuju dengan cadangan Tok Ya supaya majlis kahwin tidak lagi dihidangkan dengan ayam dan daging. Alasannya mudah - orang ramai sudah jelak dengan kedua-dua jenis lauk ini. Memang betul pun. Tambahan lagi ayam dan daging bukanlah baik untuk kesihatan andai diambil berlebihan. Kalau lima jemputan yang dihadiri maknanya sebanyak lima kalilah juga kita akan menyantap ayam dan daging yang berminyak dan berlemak itu. Menghadiri jamuan perkahwinan anak dara kawan lama saya hari ini betul-betul menyentap selera saya. Lauk ayam dan daging tidak menarik minat saya pun. Saya lebih terpesona dengan umbut masak lemak putih yang sudah lama tidak saya berpeluang menikmatinya. Saya abaikan juga nasi minyak tetapi lebih terdorong menyantap nasi putih. Umbut berserta ikan kering dengan nasi putih menghilangkan rasa segan saya untuk bertambah lagi! Pena Tumpul - Karaoke pula membingitkan telinga

Limau

S aya berkesempatan mendengar dan menyaksikan secara langsung PU Faiz yang diundang khas mengisi slot Karnival Kebudayaan di Dataran Segamat malam tadi. Penyampaiannya menarik dengan lontaran suara yang bertenaga. Isi kandungan tazkirahnya juga sarat dengan ilmu yang bermanafaat untuk di fikirkan dan sekaligus dijadikan panduan dan amalan. Berbaloi menunggu sehingga 12 malam. Loghat Kelantannya sangat ketara dan sesekali mampu membuat hadirin ketawa. Banyak yang disampaikan oleh Ustaz Faiz namun ada satu cerita yang sangat memberi kesan dihati bila Ustaz muda ini bercerita tentang akhlak dan cara Rasulullah dalam menghargai pemberian orang.  Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula Diceritakan bahawa suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Canti...

Kehilangan

N egara kehilangan dua orang personaliti yang hebat dalam bidangnya masing-masing. Seorang ulama dan seorang lagi pengulas sukan. Meskipun secara peribadi saya tidak pernah bersua muka apatahlagi mengenali secara dekat kedua-dua tokoh besar ini,namun pemergiannya tetap meninggalkan kesan dalam diri. Kedua-duanya mengadap Ilahi pada tarikh yang sama cuma waktu yang berbeza. Hasbullah Awang tidakdinafikan seorang pengulas sukan tersohor yang tiada tolok bandingnya. Penyampaiannya memukau pendengar dan penonton. Pengetahuannya dalam sukan yang diulasnya mendalam tanda beliau tidak mengulas dengan tangan dan minda yang kosong. Bahasanya juga sangat menarik. Itulah Hasbullah Awang yang tiada penggantinya. Keinginan untuk menonton sebarang perlawanan yang disiarkan secara langsung di kaca tv pada saya dipengaruhi juga oleh siapa pengulasnya. Pengulas membuatkan kita semacam berada di medan perlawanan. Kelebihan Hasbullah ialah beliau berjaya menarik kita sama di padang bola. Ribuan y...

Lidah

S aya pernah dengar orang berkata “Mulutmu adalah harimaumu yang akan menerkammu” . Rasulullah ada bersabda:” Yang dikatakan muslim itu adalah manusia selamat dari bahaya lidah dan tangannya”. Imam Ali Radhiallhu’anhu pula ada menyebut:” Hati yang jahat terletak pada mulutnya, dan mulut yang baik, terletak pada hatinya”. Ada ketikanya kita sebagai manusia yang penuh dengan segala kekurangan dan kelebihan, akan berdepan dengan segala macam masalah. Itulah rencah kehidupan. Adakalanya juga kita menghadapi berbagai halangan yang sama sekali kehadirannya tidak diundang dan tidak pernah terfikirkan pun di benak kita. Ia datang tanpa kita duga dan jangka. Petang ini saya menumpang kereta seorang lelaki ini yang khabarnya mudah sangat menghamburkan kata-kata kesat, menyakitkan dan kurang enak didengar. Kata orang "mulut lepas". Lidah pula bagaikan tidak dapat dikawal. Tidak sampai lima minit pun saya berada dalam kereta tersebut telinga sudah dipaksa untuk mendengar kalimah...

Boikot

S aya makan malam di sebuah warong dan sangat terkejut dengan harga yang dikenakan. Sekadar makan ala kadar dan minum seadanya harga yang dikenakan sangat tidak masuk akal. Saya melihat ia satu penganiayaan kepada saya sebagai pengguna. Adalah tidak wajar untuk membiarkan kos diserap pengguna sendirian.Sebagai peniaga, sebarang kenaikan dalam kos pengeluaran seharusnya diserap bersama.Senang sama senang, susah sama susah. Saya melihat kedegilan melampau golongan peniaga untuk mengaut untung berlebihan dengan menggunakan kenaikan harga minyak sebagai alasan. Minyak selalu dijadikan alasan sejak bertahun-tahun dan selama itu jugalah pengguna dijadikan mangsa. Aneh dan pelik bila pula minyak turun, harga barang tidak pula ikut sama turun. Lalu, alasan lain pula dicari dan dijadikan sandaran untuk tidak menurunkan harga. Beginilah sikap kebanyakan peniaga kita yang tamak dan haloba. Sudah kena pada ketikanya untuk kita mengambil tindakan boikot secara kolektif. Jangan beli barang dar...

Masa

S aya sempat mendengar Ustazah bertazkirah lagi lewat corong radio sejurus sebelum masuk waktu Zohor. Dia bercakap tentang masa dengan memetik kata-kata aktivis pertubuhan Islam di Amerika Syarikat, Dr Hisham Yahya Al-Talib yang bertanya, " Apakah yang terpanjang, terpendek, terpantas dan sangat perlahan, kita semua tidak mengendahkannya, tetapi selepas itu, kita semua menyesalinya? "Tiada apa pun yang dapat dilakukan tanpanya, ia menelan segala yang kecil dan membina segala yang besar?"      Itulah masa. Masa adalah yang terpanjang kerana masa adalah ukuran keabadian dan juga yang terpendek. Hal ini kerana tiada seorang pun antara kita yang mempunyai masa yang cukup untuk menyiap atau menyempurnakan segala tugas dalam kehidupan.Ia memang berlaku dalam kehidupan kita. Bila kita rasa sangat gembira, masa berlalu terlalu cepat. Tetapi ketika menderita, masa berlaku terlalu lambat. Tiada apa-apa pun yang dapat dilakukan tanpanya. Hal ini kerana masa adalah ...

Jari

S ebaik usai mengimamkan solat Isyak malam tadi, Hafiz menghampiri saya dan menegur cara saya mengangkat jari ketika tahayat. Katanya saya dilihat salah dalam mengangkat jari. Cara yang betul adalah seperti yang dalam gambar ini. Mengangkat jari begini adalah seperti yang Nabi kita lakukan. Begitulah kanak-kanak yang cepat belajar dan cepat juga menegur sesuatu yang tidak dilihatnya betul. Sesuatu yang diterimanya dari gurunya selalunya lebih memberi kesan daripada apa yang disampaikan oleh orang lain yang hampir dengannya. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa, itulah yang sebaik-baiknya! Pena Tumpul  - Terima secara terbuka

Anugerah

P agi ini saya melihat sebuah kereta polis dengan siren dibunyikan dalam kampus. Saya tertanya-tanya adakah sedang berlaku sebarang kejadian yang mencemaskan. Polis sedang mengejar penjenayah dalam kampus? Tidak mungkin. Dalam keadaan tertanya-tanya, saya lihat sebuah bas membontoti kereta polis tersebut. Siapa dalam bas tersebut? Mereka adalah penerima anugerah yang saya tidak tahu pun. Mereka staf cemerlang khabarnya. Mereka orang penting lalu perlu diiringi kereta polis. Mereka mesti dihargai. Tanpa mereka organisasi akan lumpuh! Pena Tumpul - Pekerja biasa sahaja