Saya pernah memancing pandangan pelajar tentang rasional membenarkan KFC atau Mcdonald dan Pizza Hut beroperasi dalam kampus. Itu pun ekoran dari cadangan yang dilontarkan oleh mantan Pengarah Dr Hashim tidak berapa lama dulu. Beliau melihat pelajar memerlukan tempat seperti ini supaya dapat mengurangkan kecenderungan untuk ke bandar dan balik kampung saban minggu. Rata-rata pelajar bersetuju kerana kegilaan mereka terhadap makanan segera selain boleh bersantai bersama rakan selepas bertungkus lumus dengan buku pelajaran.Ada yang tidak senang justeru ia bakal membiakkan lagi amalan melepak di kalangan pelajar.Namun cadangan akhirnya tinggal cadangan. Impian untuk menjadikannya kenyataan seakan berkubur sehinggalah baru-baru ini idea itu dicetuskan lagi oleh Datuk Idris Haron , Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Beliau menggambarkan kemungkinan membenarkan Starbuck beroperasi di IPTA. Namun persoalannya, adakah semua pelajar mampu menikmati kemudahan ini - atau cuma segelintir anak ora...