Saya pernah memancing pandangan pelajar tentang rasional membenarkan KFC atau Mcdonald dan Pizza Hut
beroperasi dalam kampus. Itu pun ekoran dari cadangan yang dilontarkan oleh mantan Pengarah Dr Hashim tidak berapa lama dulu. Beliau melihat pelajar memerlukan tempat seperti ini supaya dapat mengurangkan kecenderungan untuk ke bandar dan balik kampung saban minggu. Rata-rata pelajar bersetuju kerana kegilaan mereka terhadap makanan segera selain boleh bersantai bersama rakan selepas bertungkus lumus dengan buku pelajaran.Ada yang tidak senang justeru ia bakal membiakkan lagi amalan melepak di kalangan pelajar.Namun cadangan akhirnya tinggal cadangan. Impian untuk menjadikannya kenyataan seakan berkubur sehinggalah baru-baru ini idea itu dicetuskan lagi oleh Datuk Idris Haron, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Beliau menggambarkan kemungkinan membenarkan Starbuck beroperasi di IPTA. Namun persoalannya, adakah semua pelajar mampu menikmati kemudahan ini - atau cuma segelintir anak orang mewah kerana harga untuk secawan kopi di Starbuck bukan kepalang tingginya!Bukankah baik sekiranya syarikat francais berjenama tempatan diberikan peluang untuk melebarkan sayapnya ke IPTA? Langkah ini bukan sahaja dapat membantu usahawan tempatan tetapi juga menawarkan harga yang berpatutan untuk pelajar. Apa kata pelajar?
P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...
Comments