Kenaikan harga barang yang begitu terasa ekoran peningkatan harga petrol tidak mengubah cara hidup sebenarnya. Ketika menghadiri majlis perkahwinan kawan saya di kampung Gudang Garam hari ini,
pelbagai jenis lauk pauk tetap disajikan. Seperti biasa kelihatan pinggan-pinggan yang masih menampung sisa-sisa makanan yang tidak mampu dihabiskan. Pembaziran masih berlaku walaupun kita digalakkan untuk berjimat-cermat dalam keadaan sekarang.Mungkin masih kenyang selepas menghadiri jemputan yang lain, saya menelah. Kita masih beruntung sebenarnya. Kita masih diberikan peluang untuk menikmati rezeki yang melimpah ruah berbanding dengan rakan-rakan kita di negara lain yang terpaksa merusuh untuk mendapatkan makanan khususnya beras. Sebelum pulang, menjadi satu kecenderungan pula sekarang ini pengunjung dibekalkan dengan sebuah beg yang berisi makanan, bunga telur, gula-gula dan juga lauk-lauk. Kadang-kadang makanan yang dibekalkan itu tidak dimakan pun!Esok ada dua lagi undangan yang perlu dihadiri.Saya memilih untuk membuat pilihan.
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...
Comments