Petang ini menghadiri majlis pertunangan sepupu saya NurFasha di rumah datoknya. Tiba di rumahnya setelah semuanya selesai justeru hujan yang agak lebat menggendalakan perjalanan. Namun sempat juga menikmati juadah yang enak dan lazat lebih-lebih lagi gulai rebung masak lemak. Sha,24
kini bertugas diUTM sebagai pembantu penyelidik dan dalam rangka melanjutkan pengajian di peringkat sarjana. Ibunya yang juga ibu saudara saya telah tiga tahun meninggalkan sembilan orang anak yang masih membutuhkan kasih sayang, lebih-lebih lagi adik Sha yang bongsu yang berusia 4 tahun. Bapanya Musa, 50, seorang bekas askar begitu kental dan tabah membesarkan anak-anak yang
rata-ratanya sedang belajar. Dengar khabar Sha akan meninggalkan alam gadisnya pada bulan Jun tahun depan. Sempat juga saya bersembang dengan Encik Yusof (datok Sha) yang pernah menjadi kawan paling rapat arwah bapa saya dahulu.
Sebelum pulang sempat juga saya singgah menjenguk atok dan secara kebetulan ada tok usu yang datang untuk bersembang dengan atok. Tok Usu
amat berminat berbicara tentang politik dan dalam banyak hal beliau tidak pernah sebulu dengan kerajaan. Beliau dianggap jaguh politik kedai kopi di kampung.
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...
Comments