Skip to main content

Besan

Saya menunaikan hajat emak yang bukan kepalang tingginya untuk menziarahi besannya yang kini terlantar sakit di rumah anaknya. Perjalanan kami dari Segamat ke Kampung Parit Jayus mengambil masa lebih kurang dua jam. Jalan yang berliku selain daripada beberapa kali tersesat sebelum sampai ke destinasi melengahkan perjalanan kami. Besan emak berusia lebih kurang 70 tahun dan sering tidak sihat sejak kebelakangan ini. Sempat juga emak mengusap badan besannya. Seperti lazimnya emak tidak dapat menahan air matanya daripada bergenang melihat keadaan besannya begitu. Kami hanya mampu berdoa kepada Ilahi semoga Mak Edah akan cepat sembuh dan kembali ceria seperti dulu.
Hafiz yang ikut sama, tidak dapat ditahan langsung dari bermain-main dalam parit di depan rumah yang begitu teruja dengan anak-anak ikan di dalamnya. Dia tidak jijik langsung berendam dalam parit. Seronok betul dia. Budak-budak begitulah. Nalurinya sentiasa bergejolak untuk bermain .

Penduduk Parit Jayus memang beruntung. Di sekeliling rumah dipenuhi dengan pokok kelapa sawit yang pastinya memberi pulangan yang menguntungkan. Difahamkan, penduduknya menikmati air paip dari gunung yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan sejak 20 tahun yang lalu dan cuma dikehendaki membayar RM5 sahaja sebulan. Memang sejuk dan menyegarkan. Sempat juga saya menikmati rebus ubi dicicah bersama dengan ikan kering yang disalai sendiri oleh anak perempuan Mak Edah. Sedap. Ketenangan hidup di kampung yang masih lagi diperisai noda dan cemar rona kota benar-benar mengasyikkan.

Dalam perjalanan pulang saya sesat lagi untuk mencari jalan keluar. Hampir setengah jam berlegar-legar bagaikan tenggelam punca.Mujurlah saya teringatkan Sekolah Agama Air Putih yang menjadi "landmark" untuk memudahkan saya mencari jalan keluar.

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...