Skip to main content

Resume

Berita yang dipaparkan dalam Harian Metro hari ini begitu menarik perhatian saya. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ada segelintir siswazah yang tidak pernah tahu apa itu resume. Amat mengejutkan. Tidak hairanlah mengapa siswazah gagal "menjual" diri mereka di pasaran pekerjaan. Tidak tahulah di mana silapnya. Tentunya tidak masuk akal sekiranya selama empat tahun belajar di universiti, pelajar tidak pernah didedahkan dengan penyediaan resume, lebih-lebih lagi menjelang tamat pengajian. Saya kira pihak universiti juga menerusi Unit Kerjaya dan Kaunselingnya pasti ada menganjurkan Karnival Kerjaya untuk mendekatkan mereka dengan bakal majikan. Inilah yang berlaku sekiranya para pelajar tidak peka tetapi sebaliknya pekak kepada limpahan maklumat di sekeliling mereka. Atau barangkali pelajar lebih tahu tentang Curriculum Vitae(CV) atau biodata agaknya!

Apa itu Resume?
Resume yang juga dikenali sebagai curriculum vitae (biodata) ialah surat pengenalan diri seseorang di mana pemohon menunjukkan bahawa beliau layak diberi jawatan yang ditawarkan. Banyak yang boleh diketahui tentang seseorang dengan hanya membaca “Resume” beliau. Sama seperti seseorang pada mulanya hanya dapat menilai hati budi kita dari apa yang kita tonjolkan, iaitu pakaian dan budi bahasa. Jadi, rupa bentuk dan bahasa pada resume menjadi cara penilaian pertama bakal majikan menilai diri anda.
Suatu resume yang dikarang baik akan mengambil perhatian majikan anda. Ia perlu menangkap perhatian bakal majikan anda. Pujian kosong tidak akan membantu anda. Yang dapat membantu anda adalah dengan menyatakan apa minat anda pada firma yang anda pohon, dan bagaimana minat anda dapat membantu firma tersebut.


Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...