Skip to main content

Belajar

Saya kembali lagi ke UTM hari ini. Saya pernah ke sini lapan tahun yang lalu atas kapasiti seorang pelajar sarjana. Hari ini bermulalah pertarungan saya sebagai seorang pelajar. Pertarungan kali ini tentunya lebih sengit dan mendambakan komitmen yang tinggi selain hati yang cekal dan kental.

Belajar di peringkat falsafah tidaklah semudah yang disangka. Menuntut pengorbanan masa dan tenaga. Mampukah untuk saya melalui semuanya itu hingga ke penghujung terowong masih terlalu awal untuk diberikan jawapannya. Hanya masa yang menentukan selain daripada ketentuanNya.

Setibanya di Dewan Sultan Iskandar UTM sekitar 9.00 pagi, kelihatan ribuan pelajar sudah berkumpul bersiap sedia untuk pendaftaran. Manifestasi kegilaan untuk belajar tidak pernah luntur pada mereka yang sentiasa dahagakan ilmu. Rata-rata kelihatan pelajar perempuan yang saya kira masih terlalu muda, barangkali baru sejurus melengkapkan pengajian di peringkat ijazah pertama. Saya rasa begitu tua di celah-celah mereka. Pelajar-pelajar dari luar negara malah dari Afrika juga kelihatan. Saya sempat mendekati salah seorang dari mereka dan bertanya mengapa UTM menjadi pilihan mereka. Jawapannya: UTM universiti hebat dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Prasarana yang lengkap. Mereka tidak silap memilih UTM.

Bila saya singgah sebentar di perpustakaan untuk menulis di blog ini, saya terkejut dengan kemudahan komputer dan internet yang memenuhi seluruh ruang paras lobinya. Saya dapat menjangkakan kalau begini keadaannya, tidak mungkin akan ada pelajar yang tersisih daripada ledakan maklumat kini. Hebat. Saya tercari-cari rak untuk meletakkan beg di luar sehingga diberitahu oleh petugas bahawa masuklah sebebasnya. Lalu, apa lagi yang kita dambakan?

Pena Tumpul - Mampukah sehingga ke penghujungnya?

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...