Ketika berurusan di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN) Jementah hasrat saya untuk menukar kad ATM yang telah rosak hampir tidak kesampaian. Oleh kerana terlupa mengemukakan buku akaun saya disarankan oleh petugas untuk datang dilain waktu. Sebelum sempat saya beredar meninggalkan kaunter,
saya disapa oleh seorang lagi petugas wanita yang memang saya kenal dan agak rapat dengannya lebih-lebih lagi dengan kakaknya. Cuma, pada awalnya tadi, saya tidak pernah menyangka yang Sharifah Shidah bertugas di pekan kecil ini kerana sebelum ini beliau lama di cawangan Segamat. Dengan bantuannya segalanya menjadi mudah dan saya mendapat kad gantian dalam masa tidak sampai pun sepuluh minit. Fenomena kenal orang dalam bukanlah asing di kalangan masyarakat kita khususnya orang Melayu. Bila kenal orang dalam, dikatakan memudahkan pelbagai urusan termasuk peluang dipilih mengisi jawatan kosong.Tidak hairanlah kerana orang dalam ini, sesebuah organisasi dilihat semacam dimonopoli oleh puak-puak tertentu, kaum kerabat, saudara mara dan handai taulan atau ringkasnya pembiakan kroni secara berleluasa. Urusan pertukaran tempat bekerja pun menjadi mudah dengan bantuan orang dalam ini.Kalau berurusan di kaunter pula, tidak perlulah beratur panjang menunggu giliran.Jadi kalau dah ada orang dalam, eksploitasilah sebaiknya.Tidak orang tidak kita!

Comments