Skip to main content

Ilmu

Mampukah kita melarik minda kelas pertama di kalangan warga bangsa di tengah-tengah keruntuhan budaya ilmu? Adakah industri perbukuan negara mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan sebagai pemangkin kepada penjanaan warga berilmu? Apakah indikator kepada pembiakan budaya ilmu di dalam negara? Persoalan ini sebenarnya menjadi intipati kepada wacana ilmu lewat saluran TV1 malam tadi. Diskusi yang tentunya mengambil kira pesta buku antarabangsa yang sedang berlangsung sekarang. Dengan bertambahnya jumlah pengunjung hampir setiap tahun seolah-olah menggambarkan bahawa masyarakat negara semakin menggemari buku. Namun realitinya tidak begitu. Seperti kata Nisah Harun, berkunjung ke pesta buku seterusnya membeli buku tidak mencerminkan bahawa rakyat negara ini kemaruk untuk membaca buku. Justeru ada yang sekadar membeli buku tidak lebih hanya untuk hiasan semata-mata. Keadaan ini memang berlaku. Sayed Munawar pula secara berseloroh mengatakan bahawa pesta buku saban tahun tidak pernah mendapat perhatian daripada pemimpin tertinggi negara- tentunya melihat Perdana Menteri sendiri hadir merasmi upacara dan sedikit sebanyak menyentuh tentang kepentingan memartabatkan budaya membaca dan ilmu sekaligus melarik minda kelas pertama. Jikalau seorang Perdana Menteri boleh hadir untuk meraikan karyawan filem di pesta anjuran mereka, saya tidak nampak mengapa pesta yang mengangkat intelek bangsa harus dikesampingkan?

Puan Ainon kelihatannya kurang mengerti kenapa industri perbukuan negara tidak mendapat perhatian yang sepatutnya daripada pihak kerajaan. Sekiranya suntikan dana boleh diberikan kepada karyawan seni dan filem, tentunya dana yang serupa juga wajar disumbangkan kepada penggiat buku untuk menyemarakkan lagi penerbitan buku di negara ini. Tanpa selindung beliau meminta 1 bilion ringgit di salurkan kepada Institut Terjemahan Negara (ITN) bagi merancakkan aktiviti penterjemahan karya-karya agung bahasa asing kepada Bahasa Melayu. Ketika negara-negara lain seperti Taiwan, Korea, China dan Jerman memacu laju memperkayakan ilmu dalam bahasa ibunda mereka sendiri, negara ini kelihatannya semacam menongkah arus meletakkan Bahasa asing seperti Bahasa Inggeris sebagai wadah memperkaya ilmu. Menurutnya negara ini perlu mengikut jejak langkah Taiwan yang menghasilkan lebih kurang 36 ribu judul setahun sedangkan negara kita cuma mampu menghasilkan separuh dari jumlah tersebut. Dengan jumlah penduduk sekitar 26 juta sekarang, saya melihat nisbah satu judul buku untuk seribu penduduk perlu dicapai segera dalam usaha kita untuk melarik minda kelas pertama di kalangan rakyat negara ini. Adakah jumlah 26 ribu judul setahun akan dapat kita capai. Sokongan dana kerajaan amat diperlukan dalam merealisasikan impian ini.

Pena Tumpul - Sedang memikirkan judul yang sesuai untuk memenuhi impian 26 ribu itu

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...