Sewaktu Mantoba dalam perjalanan menaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,
"Anak nak ke mana?".
Mantoba menjawab ringkas, "KL"
Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh Mantoba, "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati Mantoba berkata, "Hai, siapalah orang tua ni orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?"
Mantoba tersentak dan berkata dalam hati, "Nak buat lawak lah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya. Atau nak menguji aku?"
Mantoba pun menjawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak"
Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati Mantoba berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.Kemudian orang tua itu bertanya lagi, "Anak nak kaya tak?"Mantoba menjawab, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Itu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya Pandan cap Yeos untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik."Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta. "Jangan lupa beli roti...."
Mantoba tersipu-sipu malu lalu menjawab.... ."Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.. ...
Pena Tumpul - Apa yang kita fikir tidak semestinya sama dengan apa yang orang lain fikir

Comments